September 6, 2010

Kebenaran di sebalik Iklan Kontroversi TV3 | Wajib Baca

Iklan sempena Aidilfitri oleh TV3 kali ni telah pun mencetuskan kontroversi. Pendapat yang telah dikemukakan oleh ramai pihak mengenai iklan TV3 yang dianggap menggugat sensitiviti agama di Malaysia. Dan aku cukup tertarik dengan satu penjelasan oleh Kalamul Haqq mengenai scene-scene dalam iklan tersebut. Jom kita tengok.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran




Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).


p/s: Sejauh mana kita nak mempercayai yang iklan ni boleh memesongkan akidah terpulang kepada kita sendiri. Tapi melalui apa yang kita lihat terlampau banyak sangat bukti yang  boleh di jadikan bukti. Apa sebab mereka perlu buat iklan macam ni? Sedangkan aku rasa iklan TV3 sebelum tak la macam ni.  Apa motif TV3 buat iklan macam ni? Tu biarlah diorang yang jawab.


20 comments:

JAI said...

Uihh..Details tuh bro..ngeri pun ada..

Aizat Shafiq said...

@jai

tu la..
tapi kalau ikut penjelasan artikel ni memang jelas..
nak kat secara kebetulan..tapi banyak sangat tanda-tanda...
hmmmm...

aYaz said...

macam hal kan skrg ni..
so,ape lg?
sila lah jengah ke blog konspirasi,
aku ade taruk link tu kat blog aku..
ceh,promote blog org la plak..
hek...

Aizat Shafiq said...

@ayaz

tu la pasal..
macam2...
blog konspirasi?...
blog ape tu ayaz?

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hmm..

festime l0lly tgk iklan ni pun cam ade pelikkkkkk skit. baguslah tv3 tarik balik :F
]

aYaz said...

blog konspirasi tu,blog yg mnceritakan teori2 konspirasi yg ade kat dunia pd zmn dolu smpai skrg..
kalo kamu jengah blog aku,bleh lihat kat list blog Ide, Kontroversi, Konspirasi..
sila lah cbe lawat blog diorang,
kalo larat nak baca la...
:)

Cik Norfa said...

production yg buat iklan ni Org Islam ke..atau bukan i..
yela..kekadang kan ada producer cina tapi sebab nak raya, so dia buat la iklan raya kan...

takut pulak aku tgk...hurm..
cuma part yg mcm santa claus tu mmg mengom lar..mcm takde idea lain plak.

Aizat Shafiq said...

@miss lolly

betul tu...
pelik sangat...
TV3 tarik pun sebab dapat bantahan orang ramai...
kalau tak mungkin akan disiarkan lagi...

Aizat Shafiq said...

@ayaz

ape link blog tu ye?...
td da try cari...
tak jmpe la...
=)

Aizat Shafiq said...

@cik norfa

kalau tak silap producer tu cina la...
pernah dapat award...
tak ingat pula siapa nama dia....

esyam said...

nice information....

Aizat Shafiq said...

@esyam

thanks...
=)

abah_izz said...

bro..aku nak link ni kt FB leh...tq

Aizat Shafiq said...

@Abah Izz

silakan...
=)

aYaz said...

err..?
tak jumpe?
ermm..nnt cube klik kat entry Wayang Naked, ade link dlm entry tu..
cbe oke?
:)

Bro Amirsyah said...

uik! dahsyat.. unsur2 illuminati dah mula meresap scra lnsg dlm mdia kite.. nmpknye kte kne smkin bjaga2..

* tp klo kite prasan, objk yg plg kite bgga kt ngra ni pun ad unsur2 cmtu kn? hope bkn la..

Aizat Shafiq said...

@ayaz

dah jumpe dah...
thanks for the info...
=)

Aizat Shafiq said...

@bro amirsyah

tu la...
macam-macam cara diorang nak menyesatkan...
tapi sejauh mana tujuan iklan ni..
tak la kita tahu...

Liana said...

tq bro...atas info ni..
patut dipersoalkan siapakah consultant yg buat iklan raya ni utk tv3!

Aizat Shafiq said...

@Liana

sama2..
sekadar berkongsi apa yang saya tahu...
=)