September 3, 2010

Kesan pertukaran domain blogspot ke [dot]com | Tips blogging


Bila cakap nak tukar domain dari blogspot ke [dot] com mesti macam terfikir dalam fikiran orang tu. Ye la kan. Macam-macam yang kita fikir. Antara yang aku fikir sebelum aku tukar dari blogspot ke dot.com dulu macam ni.

  1. Entry aku akan hilang ke kalau aku tukar domain?
  2. Nanti follower-follower aku akan hilang ke?
  3. Blog ranking macam mana? 
  4. Pagerank pula?
  5. Nuffnang macam mana?
Tu antara persoalan yang akan timbul bila aku nak tukar domain dari blogspot ke [dot].com. Jadi bila aku dah tukar baru lah aku tahu apa kesan di sebalik pertukaran domain ni. Bila kita tukar domain dan masih menggunakan hosting blogger aku rasa tak banyak yang akan bagi kesan pada blog. Melainkan kalau korang menggunakan hosting sendiri. Untuk cakap lebih lanjut pasal hosting ni aku tak boleh nak cerita sebab aku masih lagi menggunakan hosting blogger. 

Bila kita gunakan hosting blogger, blog asal kita masih dikekalkan dengan semua feature sebelum kita tukar domain. Follower-follower takkan hilang. Sebab alamat domain blog asal akan di 'redirect' ke alamat domain yang baru. Jadi tak perlu risau akan korang punya reader blog ni. Lagi satu bila menggunakan blogger hosting,  feature asal blog masih tak berubah. Kalau blog korang macam tu, tetap macam tu jugak. Melainkan kalau korang tukar template ke ubah sana sini baru la berubah.

Untuk Nuffnang tak effect account pun. Cuma yang penting bila korang dah tukar domain baru, kenalah tukar alamat blog dekat blog manager. Sebab Nuffnang crawler tak dapat detect alamat blog yang lama. So, korang kena la tukar alamat blog kat situ.

Yang betul-betul ada effect ialah alexa ranking dengan pagerank. Yang ni memang betul-betul bagi kesan. Macam korang berpindah ke rumah baru la. Bila pindah rumah baru kat taman baru, sudah tentu korang tak kenal lagi jiran-jiran kat kawasan tu. Jadi ia akan ambik masa untuk korang kenal semua jiran kat kampung tu. 

Google akan ambik masa untuk naik kan pagerank korang. Sebab nak naik pagerank ni pun makan masa yang lama. Macam blog aku dulu dah PR 2. Bila aku tukar domain terus jadi PR N/A. Not available tu. Masih menunggu masa untuk google update PR. Untuk Alexa.com pula, memang korang akan tersenarai berjuta-juta selepas tukar domain. Jadi cuba la untuk tingkatkan lagi korang punya ranking dengan beblogging. Sudah tentu la kena rajin update. Kalau tak susah la nak dapat traffic kan?

Jadi kalau korang nak tukar domain adalah satu penghijrahan yang elok la. Sebab kalau korang dah betul-betul serius dalam blogging tak salah kalau nak invest dalam RM 30++ setahun. Tak banyak pun untuk beli domain. Tapi kalau pasal hosting korang boleh la tanya dengan Mel Romeo ke. Sebab diorang ni pakai hosting berbayar. Banyak lagi feature yang boleh buat dengan hosting berbayar ni. Macam blog aku ni pakai hosting blogger je. Hehehe.

Nanti aku akan cerita pasal cara-cara nak tukar domain dalam next entry ye.

10 comments:

sabree hussin said...

erm.. boleh ke pindah kan hosting dari blogger ke hosting lain macam netkl ke

Aizat Shafiq said...

@sabree hussin

kalau pindah hosting dari blogger ke hosting lain tak berapa pasti...
tapi kalau wordpress boleh...
blogger pindah ke wordpress pun boleh...
cuma blogger ke hosting lain tu tak berapa pasti...
sebab biasanya kalau pakai hosting sendiri ni lebih elok kalau pakai wordpress dari blogger...

Ery Farieha said...

feewit
otai blog
kehkehkeh

AMiRU said...

Once dah pakai hosting sendiri, ada beberapa platform yang you boleh pilih. Among them are WordPress, Drupal and B2Evolution. Kebiasaannya blogger akan menggunakan WordPress. Semua post dari blogger boleh dipindahkan ke WordPress.

Kalau berminat, jangan lupa contact I k, I jual Domain dan Web hosting paling murah kat Malaysia! ;)

nuriz said...

rank tu yang lemah tu..lambat nak turun kalau naik cepat je

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

ke situ plak dye...
hehehe...
share sikit2 je...
=)

Aizat Shafiq said...

@amiru

ok bro...
thanks for the info...
=)

Aizat Shafiq said...

@nuriz

yang tu aku stuju...
sebab rank memang cukup lama nak turun...
termasuk la jugak dengan pagerank...
sangat-sangat mengambil masa untuk turun..
huhuhu

Syed Fauzi said...

nice info =)

Aizat Shafiq said...

@syed fauzi

thanks..
=)