September 13, 2010

KFC dan Mc Donalds menjadi pilihan di musim perayaan

Hari ni dah masuk raya ketiga. Dah ramai yang mula pulang ke kampung halaman. Jalan pun dah mula nak sibuk. Maklum la, musim raya dah nak habis. Lepas ni sibuk dengan musim kerja pula. Kalau semalam aku berjalan-jalan di Kuala Terengganu sambil beraya. Hari ni lebih kepada tinggal di rumah. Sebab ramai orang datang. Tak keluar ke mana-mana. Melayan tetamu je la. Tambah-tambah pula jalan jem. Lagi la aku malas nak keluar. 


Malam tadi aku pergi ke KFC. Wahhh.. Cukup ramai orang kat situ. Kalau pada hari biasa susah nak tengok orang beratur sepanjang tu. Rupa-rupanya KFC ni cukup meriah time hari raya ye. Sebab ramai jugak yang datang beraya. Aku ingatkan time-time raya macam ni tak ada la orang. Rupanya sangkaan aku jauh meleset. Memang penuh. Sorang-sorang tak pulak beli, Dinner Plate ke, Snack Plate ke. Semua beli Barrel dengan Bucket. Hehehe. Betul-betul meriah la tadi.


Bila lalu depan Mc Donalds pun sama. Penuh juga. Jadi ni mungkin juga disebabkan banyak kedai makan tak buka lagi. Sebab tu ramai yang pergi KFC dan McD. Tambah-tambah pula time ni masing-masing banyak duit. Duit raya la katakan. Hehehe. Sebab tu ramai yang serbu KFC dengan McD. Walaupun sanggup beratur hampir setengah jam. Tapi semua tu menjadi masalah. Demi mendapatkan sebucket KFC. Hahaha.

8 comments:

fndrocka said...

haha..start raya ke3 org dah mula mencari kedai mkn pulak...

Aizat Shafiq said...

@fndrocka

betul tu...
masing-masing malas nak masak..
hehehe..

Bro Framestone said...

bro belum lagi ke kfc or mcd raya nie.. adik2 bro je dh pergi huhuhu

nmpk beno sepanjang raya bro dok rumah je

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Aizat Shafiq said...

@Bro Framestone

nak singgah time sekarang ni mesti penuh...huhuhu..
tunggu lepas raye je...
=)

mizzura said...

betul2...mana taknye..balik kg..nak singgah makan mana2 kedai pun tutup lagi.. fast food sudah...

Aizat Shafiq said...

@mizzura

tu la...
nasib baik la fast food bukak 24 hours kan?...
kalau tak nak cari makan kat mana la lagi...

Bro Framestone said...

lepas raya bro sengkek.. harap hujung bulan je la huhuhu

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Aizat Shafiq said...

@Bro Framestone

hehehe...
banyak bagi duit raye ni...


takpe2 kita tunggu hujung bulan pulak..=p