September 22, 2010

Korang suka baca sesuatu blog ni? | Sebab apa?

Peningkatan setapak lagi aku dalam dunia blogging. Kalau dulu, aku selalu dapat 100++ readers@UV dalam sehari. Nak dapat 100++ pun banyak bergantung pada blogwalking. Tapi sejak 2 minggu ni, peningkatan Unique Viewer dalam blog aku meningkat ke 250++ dalam sehari. Alhamdulillah. 

trafik yang agak turun naik tapi masih lagi kekalkan 250++ dalam sehari

Betul lah kata orang, pentingkan kualiti daripada kuantiti. Jangan terkeja-kejar sangat pada readers sebab readers tu akan datang dengan sendirinya. Apa-apa pun kita kena juga blogwalking sebab tu juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog kita dalam dunia blog ni.

Aku masih lagi boleh dikatakan baru dalam dunia blog ni. Tak sehebat macam Ben Ashaari yang dapat 2k-3k UV dalam sehari. Tengok pulak cari dia berblogging. Lebih tumpukan pada isi kandungan blog. Sebab tu ramai yang nak baca blog beliau. Kalau kita tengok joegrimjow pulak, dia nie kreatif. Banyak kelainan dalam blog beliau. Sebab dia ni kreatif tu menjadi tarikan untuk reader baca blog beliau. Macam Zack Zuhairi, tengok je la reader blog dia pada setiap masa. Boleh cecah 50++. Memang ramai. Sebab blog beliau ni lain sangat. Walaupun lama tak update. Tetap ada reader. Tu lah dinamakan charisma sesebuah blog. Bukan senang nak dapat macam ni tau.

Jadi kat mana letaknya populariti sesebuah blog? Pada namanya kah? Pada isi kandungannya kah? Atau pada followernya?

Siapa yang tak nak dapat traffic hari-hari yang tinggi. Betul tak? Sebab kalau dah dapat traffic tinggi sudah tentu banyak rezeki yang boleh kita dapat. Macam Eyriqazz. Sungguh murah rezeki beliau dalam dunia blogging ni. Walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia blog lebih kurang setahun tapi prestasi dan pendapatan beliau cukup memuaskan. 

Jadi apa pendapat korang yang menyebabkan korang minat membaca sesuatu blog?

16 comments:

GaDis CoMeL said...

aku rasa,sejak tukar pakai domain, blog maintain lah sehari atas pada 100. lagi pun aku susah nak BW, especially blog yang berat2 tu, PC jadi slow.

papepun, keep it up!!

Aizat Shafiq said...

@gadis comel

hehehe...thanks.
kadang-kadang yang banyak sangat widget tu yang buat blog jadi berat...
simple-simple lagi elok kan?

=)

Tn.Punya said...

aku suka baca blog yang ada ilmu walaupun copy paste.. mana ramai orang komen pon suka aku baca.. sebab kalau ramai orang komen tentu ada yg menarik dekat situ.. tak suka blog yg ada lagu.. blink2 dan warna-wani.. sakit mata.. mcm blog awak ni ok .. mudah baca..

kukuchimachikumi said...

ske bce blog yg ayat x skema..

sempoi jek...

liyani rasdi said...

nk follow nk follow...:P

Aizat Shafiq said...

@tn. punya

setuju sangat...
bila yang ada lagu ni kadang-kadang boleh mengganggu jugak kan...
neway...
thanks ye...
=)

Aizat Shafiq said...

@kukuchimachikumi

betul tu..tapi lagi best kalau baa blog yang bertulis ayat penuh...
bukan ayat SMS...
kan?...
=)

Aizat Shafiq said...

@liyana rasdi

silakan...silakann
=)

liyani rasdi said...

liyani laaa...:P

Aizat Shafiq said...

@liyani rasdi

sory2...typing error...
type laju sangat...hehehehe

izul said...

I would go for blogs that have great concepts, unique features and great substance in the articles.

cheers~ :)

Bro Framestone said...

blog bro Uv sikit2 je.. xde la banyak...

lgpun tiada yg teristimewa di blog bro

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Aizat Shafiq said...

@izul

ooo...
great..thanks for the opinion..
=)

Aizat Shafiq said...

@Bro Framestone

sape cakap?
setiap blog tu ade keistimewaan tersendiri...
saya pun suka baca blog bro jugak...
=)

gnesop.com said...

jika bergantung kepada isu semasa mmg ikut musim.. jika time meletup [cam citer kes bunuh tuh] mmg dasyat trafik sbb ramai dok cari dan baca..(SEO)
seperti penulisan bro, unik dan menarik sertai lain2 faktor seperti identiti salah satunya..
bila ada pembaca tegar/setia, baru traffic boleh maintain tetapi kena juga jaga pembaca/pelawat blog kita :)
rumusannya, carilah traffik dari semua sumber :)

Aizat Shafiq said...

@gnesop.com

betul tu...
mereka yang dikatakan loyal reader ni la yang akan suka baca blog kita...
bukan senang nak dapat loyal reader ni kan...
huhuhu