September 17, 2010

M. Rajoli menghembuskan nafas terakhir jam 10.45 malam tadi.


Berdasarkan laporan terkini daripada MStar Online.

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham, M.Rajoli. Semoga rohnya dicucuri rahmat.~Amin. 

2 comments:

LOLIPOP PEDAS said...

kesudahannye ... adoiiyaii

Aizat Shafiq said...

@Lolipop pedas

alfatihah buat arwah...=)