September 21, 2010

Majlis perkahwinan yang bakal dipenuhi dengan angkasawan

Sungguh meriah majlis perkahwinan angkasawan pertama negara kita Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Mustapha bersama dengan pasangannya Dr. Harlina Mohd Yunos. Beliau menyatakan telah pun menjemput 100 orang angkasawan dari seluruh dunia. Wah...Ramai tu. Selain tu, beliau juga mengakui telah menjemput Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Sultan Sulaiman. Memang betul-betul majlis yang akan dipenuhi oleh kenamaan-kenamaa dari antarabangsa kan.


Majlis perkahwinan beliau akan berlangsung pada 10 Oktober 2010, yang mana merupakan tarikh ketika beliau dipilih bersempena tarikh angkasawan terbabit berlepas tiga tahun lalu. Majlis perkahwinan beliau bakal bertemakan 'Pahlawan Melayu di Istana Kayangan' dan dijangka melangsungkan majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya yang mana terbuka untuk orang ramai. Dan pada sebelah malamnya akan diadakan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jadi kalau korang tinggal berdekatan dengan Putrajay, boleh lah pergi ke majlis beliau kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin tu ye. Sebab betul-betul meriah majlis beliau. Diharapkan semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin~

2 comments:

Wan Gerrard said...

Gadis yang comel ^_^v

Aizat Shafiq said...

@wan gerrard

=p
doakan untuk kebahgiaan mereka...
amin~