September 5, 2010

Malam Tujuh Likur | Semakin hampir Ramadan tinggalkan kita


Malam ni merupakan malam tujuh likur. Kalau mengikut orang-orang lama, malam tujuh likur ni sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar. Allahualam. Tapi dekat kawasan rumah aku agak berlainan cuacanya hari ni. Macam yang korang tengok dalam gambar kat atas tu. Cerah je kan. Macam time nak maghrib. Sedangkan gmbar ni aku baru je snap pukul 9.45 malam tadi. Sungguh cerah langit malam ni. Tapi dalam kecerahan langit malam ni disusuli jugak dengan angin-angin yang macam nak hujan. 

Gambar kat atas tu aku tak ubah setting pun. Aku ambik guna Natural View. Tak ubah pun night mode ke, ape ke. Kecerahan malam ni lain sikit. Tapi kat area Kota Bharu ni la. Tak tahu la kat tempat lain kan. Dalam on the way aku jalan gi surau tadi. Ada la jugak terserempak dengan rumah yang letak pelita. Memang happening habis bila tengok pelita kat halaman rumah. Sebab sekarang ni bukan senang nak jumpa orang letak pelita kat rumah. Lagi pun ni la pertama kali aku dapat merasa malam tujuh likur dekat rumah. Kalau tak 2 hari sebelum raya la baru balik rumah. Kalau kat KL bukan senang nak jumpa orang pasang pelita macam ni. Tambah-tambah kalau duduk rumah flat ke, kondo ke. Memang tak jumpa la.


Seronok kan tengok budak-budak kat atas ni main pelita. Pelita buluh lagi tu. Kalau kat kampung memang best. Boleh main pelita dengan bunga api. Suasana pula rumah kampung. Halaman luas. Dah macam dalam cerita TV la pulak. Semalam aku dah beli bunga api. Ingat nak main malam ni, tapi memandanag cuaca malam ni berangin semacam je. Kita tunda esok la. 

Alhamdulillah sebab malam ni juga aku akan menamatkan tadarus Al-Quran bersempena bulan Ramadan. Tercapai juga hajat aku nak khatam dalam bulan Ramadan. Syukur Alhamdulillah.

6 comments:

Ezao' Edogawa said...

sama-sama lah kita mencari mlm2 mcm ni .

Idalara said...

Rasa teruja sgt nak balik kg...
Ramadhan makin hampir meninggalkan kita..mudah2an bertemu lagi Ramadhan akan datang..

iqbalsyarie said...

Hihi...tahniah ya da abes..saya belum :(

Ramai ulama juga berpendapat malam ke 27..entahla...buat hari2 lebih elok~

TERBARU: Bayyinat-penjelasan

Aizat Shafiq said...

@Ezao' Edogawa

betul tu...tinggal 3 malam je lagi...
mana tahu kalau kita dipertemukan dengan malam tu...=)

Aizat Shafiq said...

@idalara

raya kan dah dekat...
jangan lupa check kenderaan sebelum balik kampung tau..=)

insyaallah...sma2lah kita mengharap Ramadan yang akan datang..

Aizat Shafiq said...

@iqbalsyarie

sempat lagi..
masih ada 3 malam...
=)

rmai ulama' berpendapat macam tu...
klue dah bagi...
terpulang pada kita nak usaha pula untuk dapatkan malam tu..
betul tak?