September 29, 2010

Mark Zuckerberg | Pencipta Facebook

Siapa Mark Zuckerberg?

Artis ke?

Penulis ke? 

Pelakon ke? 

Korang kenal tak die ni sape?


Dia nilah Pencipta Facebook. dan sekarang ni dia baru je berumur 26 tahun. Tapi dah pun bergelar jutawan. Tak pun sekarang ni dah jadi billionaire. Sekarang ni saham dalam Facebook je die dah pegang 24%  saham daripada berbilion-bilion tu.

Gambar HQ Facebook di Palo Alto, California

Nanti akan dilancarkan filem yang bertajuk The Social Network pada 1 October ni. Filem yang bakal mengisahkan tentang kehidupan jutawan muda Mark Zuckerberg. Bukan setakat filem je yang ditayangkan, malah komik yang berkisarkan pasal 'Mark Zuckerberg ; Pencipta Facebook' turut diterbitkan. Makin bertambah-tambah la pendapatan si Mark ni ye.

Bill Gates pernah tawarkan si Mark ni sejuta dolar. Time tu die masih lagi bersekolah di sekolah tinggi. Supaya si Mark ni bekerja untuknya. Tapi dia tolak tawaran tu. Kalau aku, aku rasa mesti aku dah ambik tawaran tu. Tak fikir panjang dah. Tapi kalau ikut reputasi Mark Zuckerberg sekarang ni. Memang patut sangat la die tolak tawaran Bill Gates tu. Sebab nilai kekayaan dia sekarang bernilai beribu-ribu kali ganda dari jumlah yang ditawarkan oleh Bill Gates time tu.

Mark Zuckerberg ni jugak turut disenaraikan sebagai orang yang ke-35 paling kaya di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan AS$6.9 billion (22 billion). Cuba korang bayangkan. Kekayaan di usia 26 tahun. Wow. Cukup hebat.

2 comments:

Ezao' Edogawa said...

kenal lah aizat.
dia millionaire ranking ke 35 dalam dunia, yang pertama si pencipta microsoft tu :)

Aizat Shafiq said...

@Ezao' Edogawa

hehehe....
saje je tanye...
mane tahu tak kenal ke...
=p