September 18, 2010

Memori time naik bas balik ke kolej lepas raya


Malam tadi aku hantar adik aku ke stesen bas. Cukup ramai orang. Dan jalan nak masuk ke stesen bas tu dah jam lebih kurang 500 meter dari pintu masuk ke stesen bas. Maklum la. Sekarang ramai pelajar-pelajar dah nak pulang ke kolej masing-masing. Jadi ramai jugak la aku tengok pelajar universiti kat stesen bas tadi. Cukup sesak.

Terkenang kembali masa aku balik ke kolej naik bas. Tapi selalunya lepas balik raya aku susah nak naik bas ekspres. Selalunya bas tambahan je. Sebab aku selalu lambat beli tiket balik ke kolej. Bila nak cari tiket bas ekspres semua dah habis. Terpaksa la ambik bas tambahan. 

Sampai kat KL pukul 5, 6 pagi. Time tu gelap lagi. Aku pun bawak la beg aku yang besar tu. Tapi nasib baik bukan beg bimbit. Beg galas. Senang sikit. Lepas tu dengan bekalan dari rumah. Cukup penat. Ye la kan. Dengan barang banyak-banyak tu berjalan ke stesen komuter pulak sebab nak balik Bangi. Tapi tu semua pengalaman time belajar. Biasa la kan. Semua orang akan alaminya. Hehehe.

Best jugak bila terkenangkan perasaan balik ke kampus dulu ye. =)

7 comments:

aYaz said...

masing2 ade exp dan kenangan mcm tn.tanah.. :)
mcm aku,1st time blek upm pas cuti raya,cket pny jauh turun,kat pudu.
pastu kena nek LRT,tuka plak tren KTM,br smpai serdang.
bila dah tahu bas BP-KL bleh berenti kat hentian serdang,slpas pd tu mmg turun situ je.

hihih...
(opss,pjg la plak komen ku..)

Aizat Shafiq said...

@ayaz

takpe2...tak kisah pun komen panjang2...hehehe...
seronok kan bila ingat balik kenangan lama?..
klau dlu time tu pikr penatnye la..
huhuhu

Anonymous said...

1st time singgah..
such a nice thing..
^^,

Aizat Shafiq said...

@anonymous

thanks..=)

Anonymous said...

wlcome..
lama x dgr cite?
sihat ke?
still remember me??
@_@

Aizat Shafiq said...

@anonymous

tak kenal...sebab anda anonymous..
siapa anda ye?

Anonymous said...

knal pnya..
klau ingat jusco maluri..
mst ingat...
zzz