September 10, 2010

Pagi Raya Aidilfitri 2010

Suasana di pagi raya. Pagi tadi aku sembahyang Hari Raya dekat Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bersama-sama dengan pemangku Sultan Kelantan, Tengku Faris. Memang pack sangat. Walaupun aku sampai agak awal ke masjid tu, tetap jugak kena berdiri.


Ni suasana pagi, time ni baru pukul 8. Masih awal. Tapi ramai yang dah kena berdiri kat masjid. Penuh. Tapi alhamdulillah sempat jugak la aku menyelit nak solat kat dewan solat tu. Korang tengok je la bila time balik. Penuh. Nasib baik aku dah letakkan selipar aku dekat tempat paling strategik, senang nak jumpa. Ada jugak time tu, orang kelam kabut cari selipar tak jumpa. Biasa la. Dalam keadaan yang ramai orang ni kan. Macam-macam jadi. 


Balik kat rumah macam biasa, menjamu selera. Menu hari ni, Sate, Lontong, Soto Ayam termasuk la ketupat dengan rendang. Special untuk hari raya. Hari-hari lain jarang sekali nak jumpa lain la pergi kat kedai makan kan?



Hari ni update bergambar je. Sebab sibuk beraya. Hari ni pun banyak berjalan kat rumah jiran-jiran. Lepas tu, jiran-jiran berjalan kat rumah aku. Jadi nak mengadap PC tak berapa nak sempat la. Pastu banyak pulak show kat TV. Best je tengok. Laptop pun tergendala sebentar. Hehehe. Esok akan ke Kuala Terengganu. Beraya kat kampung. Jumpa sedara-mara. Akan diupdate Live from Terengganu juga nanti.  Hehehe. 

Selamat Hari Raya semua. Jangan nakal-nakal ye. =)

7 comments:

sweet-ladybird said...

Rajinnye update blog hari raya.. :)
fresh lagi :)..

Aizat Shafiq said...

@sweet-ladybird

hehehe...sikit2 je...
=)

Kalamhati said...

whaa behnyee solat aidilfitri situ..aizat duk mano?

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

beh la jugk...
duduk dekat dengan Jalan Bayam...
anda?

Kalamhati said...

akak duk kampung laut..

Aizat Shafiq said...

@Kalamhati

kat kampung laut ke...
selalu pegi beli serunding kat situ...
hehehe

mizz sue said...

blog yg menarik!
jemput join http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html