September 20, 2010

Pelajar IPTA ditangkap kerana buang bayi | Lahir bayi dalam toilet

Sepandai-pandai tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah jugak kan? Korang ada dengar tak pasal kes kat Jitra Kedah? Kes seorang pelajar IPTA yang ditangkap kerana disyaki membuang bayi. Cuba korang bayangkan yang perempuan ni balik beraya kat kampung. Tapi ibubapa nya tak perasan pun yang anak dia ni mengandung. Hebat jugak lah perempuan ni cover ye.

Last-last bila dah balik ke rumah sewa kot, mengikut laporan berita dia disyaki membuang bayi di belakang rumahnya. Yang hebatnya, dia ni lahirkan anak dalam toilet je. Sanggup ye. Tapi tu la yang selalu terjadi zaman sekarang ni.

Jom kita tengok laporan dari BERNAMA
JITRA: Seorang pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang yang berumur 20 tahun ditahan malam semalam kerana dipercayai membuang bayi di belakang rumahnya di Taman Rasa Sayang di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Ibrahim Mohd Yusoff berkata pelajar itu ditahan kira-kira 8.30 malam selepas polis membuat siasatan setelah menerima maklumat orang awam berhubung penemuan bayi di belakang rumah tersebut pada sebelah petang.
"Kita menerima maklumat daripada orang awam tentang penemuan bayi tersebut kira-kira 5.30 petang semalam dan apabila kita ke tempat kejadian, bayi seberat 2.8kg yang masih bertali pusat itu telah dibawa ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata selepas membuat siasatan, pihaknya menemui uri bayi tersebut dalam longkang di belakang rumah suspek.
Katanya berdasarkan siasatan lanjut, polis berjaya mengesan pelajar yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut dan menghantarnya ke Hospital Jitra untuk rawatan.
"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.
Berdasarkan maklumat, suspek pulang ke kampung sempena hari raya dan ibu bapanya tidak mengetahui suspek mengandung.
"Bayi itu dipercayai dilahirkan di bilik air rumah suspek sebelum diletakkan di belakang rumah suspek," katanya. -BERNAMA

Mengikut laporan daripada berita ni IPTA di Lembah Klang kan? IPTA apa yang ada kat Lembah Klang ye? UTM ek?  Kalau masih ingat entry aku pasal Musim Mengawan Musim Menetas. Ni dah masuk bulan 10. Bermakna musim mengawannya dalam bulan 2 kan? Time Hari Valentine. Jadi tak mustahil ni hasil daripada pesta Hari Valentin tahun ni. Betul tak?

14 comments:

aYaz said...

err..tn tanah..
suspek tu bkn stdy kt ipt area lembah klang ke?

-tah hape2 tah manusia generasi sekarang nih.tade lgsung perimanusia,yg ade perihaiwan la kot?
(http://juslemon-justembikai.blogspot.com/2010/08/khalwat-ke.html,
http://juslemon-justembikai.blogspot.com/2010/07/buat-renungan-kalian.html)

nabilah said...

huh,buat malu orang kedah je... tapi apa kaitan ngan lembah kelang tu??

::A.Z.M.I.R.A:: said...

awak silap la.. dia student kt Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang.. jitra tu kampung die.. =)

Nama Saya Melati said...

tak tau nak fikir macam mana dah. pokok pangkal diri sendiri.

a kl citizen said...

napa si 'bapak'nya tak ditangkap sama... takkan buat keje sorang2 kut

→ : menuju yang pasti

Aizat Shafiq said...

@ayaz

hehehe...
sory2...typing error...
pelajar tu kat Lembah Klang...
kesilapan dah diperbetulkan...=)

Aizat Shafiq said...

@nabilah

typing error tadi...
pelajar tu belajar kat IPTA kat Lembah Klang...yang kat Jitra tu kampung dia...
huhuhu....

Aizat Shafiq said...

@A.Z.M.I.R.A

tu la...
saya tersalah taip...maaf...
thanks sebab tegur ye...
=)

Aizat Shafiq said...

@nama saya Melati

betul...
sangat setuju...
sepatut nya diri sendiri yang pandai beza baik dengan buruk...
betul tak?

Aizat Shafiq said...

@a kl citizen

betul jugak kan...
selalu nya perempuan je yang kena tangkap...
kita tunggu siasatan polis macam mana...

Dia.Honey said...

UIA .. UKM ..UPM .. UM pon kat lembah klang

Aizat Shafiq said...

@Dia.Honey

banyak jugak tu...jap2..
UPM dengan UKM pun kira kat Lembah Klang jugak ke?

Anonymous said...

jadi mcm ni sbb takut nak bgtahu mak ayah,
takut kecewakan diorang,
bf dia mungkin tau, tapi sama jgk takut nak bgtau mak ayah.

UPM n UKM bukan kat lembah klang.

laporan berita mungkin ada silap. berkemungkinan dkt dgn klang, uitm?

dah jd mcm ni si ibu tu mesti insaf.

ada lg 1 laporan berita, bf die seorang tentera.

nasib baik family masih sanggup terima. waktu ni barulah sedar, yg mmg akan sokong kita dikala musibah, keluarga sendiri

Aizat Shafiq said...

@anonymous

thanks for the comment...
memang betul ape yang anda katakan...
sepatutnya dia insaf...
kalau dah sedar tu takpe la...
jangan tak sedar tu yang susah..