September 18, 2010

Peminta Sedekah zaman sekarang ni makin berani ye

Korang pernah tak terserempak dengan peminta sedekah? Tak pun peminta sedekah yang saja-saj terserempak dengan korang? Mesti pernah kan. Ni la yang terjadi kat aku tengah hari tadi. Tapi kes ni advance punya cara nak mintak sedekah. Kalau dulu orang mintak sedekah tunggu-tunggu je tepi jalan, Kali ni peminta sedekah ada cara yang lagi advance untuk meminta sedekah.

Ceritanya macam ni, tadi aku singgah la dekat area-area Bazar Buluh Kubu sebab nak hantar barang kiriman ke Sarawak. Ingat lagi kan barang kiriman yang aku terima dari Sarawak bulan puasa hari tu kan? Kira ni kiriman balas la kepada rakan disana pula. Aku parking la kereta kat tepi-tepi jalan tu. Tak kira parking la, sebab aku letak kereta tu sambil menunggu mak aku hamtar barang kiriman kepada rakan untuk dikirimkan ke Sarawak. Kalau hantar pakai courier ni lambat sampai. Sebab tu pesan kat kawan mak aku je.

Tengah-tengah aku duduk tunggu dalam kereta tu. Datang lah sepasang suami isteri. Yang cukup sempurna anggota badannya. Boleh berjalan. Tak ada cacat cela. Datang kat kereta aku. Aku terus kunci pintu. Dan aku tahu yang diorang datang nak mintak sedekah sebab cara diorang hulur-hulur tangan tu dah tahu sangat. Tapi disebabkan kereta aku ni soundproof. Jadi memang tak dengar la suara orang tu kat luar. 

Korang tahu tak apa yang diorang buat bila aku tak bukak tingkap atau pintu? Laki dia tu pakai cincin. Lepas tu dia ketuk-ketuk cermin kereta dengan cincin berlian dia tu. Sambil ketuk-ketuk body kereta aku. Memang menyirap la kan. Apahal pulak dia nak buat macam tu? Hak aku la nak bagi duit ke tak. Tapi tu la senario peminta sedekah zaman sekarang. Dari nak bagi jadi susah nak bagi. Sebab tu aku tak suka nak bersedekah dekat orang-orang macam ni. Lagi elok kalau disedekahkan pada masjid. Sebab bila kita buat macam tu tak nampak keikhlasan nak bersedekah. Lebih kepada terpaksa betul tak?

5 comments:

Ezao' Edogawa said...

betul tu ! kdg2 naik mympah dgn pminta2 sdekah cmni. bukan kita tak nk bsedkah tapi nk bg apa tgok cukup sifat je. ...ada tu siap mintak sedekat tapi tgan kiri pgang nfon. ptut ke?

Anonymous said...

I've got to hand it to you

Aizat Shafiq said...

@Ezao' Edogawa

pegang hp kat tangan?..
hebat tu...ade pengalaman ke berdepan dengan peminta sedekah macam tu?

Aizat Shafiq said...

@anonymous

siapa anda ye?

Nur Azila Ismail said...

ish3 . tu lah .. peminta sedekah skang byk yg tipu jer . badan sihat x nak kerja . harap simpati org jer