September 30, 2010

Pendapatan aku bersama Nuffnang

Bila bergelar bloggers. Semua orang tahu. Apa itu Nuffnang. Satu syarikat yang mampu beri pendapatan kepada bloggers. Aku sebenarnya bukanlah lama aktif dengan Nuffnang. Masih baru. Walaupun dah mendaftar dengan Nuffnang sejak bulan Julai 2009, tapi aku betul-betul aktif dengan Nuffnang baru berapa bulan je. Kalau tak silap sejak Gatsby Blogger Gathering hari tu. Sejak hari tu, ade jugak la aku join event Nuffnang ni. Dan pernah jugak menjejakkan kaki ke office Nuffnang ni sebanyak dua kali.

Sekarang ni memang terbukti yang Nuffnang ni mampu memberikan pendapatan sampingan kepada bloggers. Kalau ikutkan traffic aku hari-hari tak lah sampai ribu-ribu. Tapi Alhamdulillah sebab ada lagi yang sudi nak baca blog aku ni. Sebab korang selalu jenguk blog aku ni lah yang membolehkan aku dapat earnings sedikit sebanyak.

Berbalik kepada tajuk, pendapatan aku dengan Nuffnang ni betul-betul menjadi sejak aku pergi ke  Gatsby Gathering kalau tak silap aku bulan April yang lepas. Time tu baru aku kenal Nuffnang. Dan dalam masa 5 bulan ni je aku dah mampu nak cash out 2 kali. Tapi tak sampai beribu-ribu macam ade blogger yang dapat. Tapi cecah jugak la 3 angka.


Baru dua kali cash out. Tak terima lagi Cheque dari Nuffnang. Mungkin tengah bulan ni kot. Bulan ni jugak aku dapat Buffered Earning paling tinggi. Sampai RM50++. Alhamdulillah. Syukur sangat. Kalau sebelum ni nak dapat earnings daripada Nuffnang ni bukan main susah. Tapi sekarang boleh lah dapat la jugak duit sampingan kan. =)


Ni pendapatan aku yang baru selepas cash out semalam. Baru RM 2.00. Lambat lagi nak cash out. Memandangkan aku punya buffered earnings pun tinggal satu je. Susah la sikit kot. Harap-harap Nuffnang bagi la lagi buffered earnings kat blog aku ni. Boleh lah aku cashout lagi hujung bulan nanti ye. Hehehe.

Jadi pokok pangkalnye sekarang ni, korang jangan terkeja-kejar sangat duit atau earnings ni. Yang penting korang blogging dengan gembira. Dengan suka hati. Bila dah dapat ramai readers mesti nanti earnings pun tinggi. Kalau dapat BE tapi reader tak sampai 50 orang seminggu pun susah jugak nak dapat income. Sebab tu readers atau traffic ke blog ni penting. Sebab tu boleh jadi sumber kewangan korang tau. Macam bro Eyriqazz kite la. Dah cecah 4 angka sebulan. Korang pun mesti boleh kan?

Enjoy yourself with blogging.
Money will come later. 
=)

10 comments:

nabilah said...

boleh boleh...pasti boleh...cuma perlukan kerajinan je...betul tak???

interpeso21 said...

teruskn usaha bro...

Aizat Shafiq said...

@nabilah

betul tu...
satu lagi niat blogging pun kena betulkan...
jangan nak kejar income je..
=)

Aizat Shafiq said...

@interpeso21

thanks for ur support bro..
=)

Nur Azila Ismail said...

x daftar lg nuffnang nie .dgr2 cm best jer

Aizat Shafiq said...

@Nur Azila Ismail

try la...
boleh dapat income jugak dari situ tau...
=)

kelhome said...

aha..femesnye enriqyazz tuu... agak2 brapa ramai yg mm dia ye?

Aizat Shafiq said...

@kelhome

memang femes...
mm?...
ape tu bro?..
=p

F@i3uL said...

apa mm tu... nuffnang aku nie dr dulu sampi la skang.. cuma 30sen je.. xnaik2... pehal ntah?.. hahaha.. konfius..

Aizat Shafiq said...

@F@i3uL

kene try tanye Nuffnang tu....
try la hantar ticket kat Nuffnang...
kot2 ade problem ke...