September 14, 2010

Pengkalan Kubor | Destinasi Pelancongan di Kelantan

Kali ni aku nak cerita pasal aktivit aku sepanjang hari ni. Trip atau kunjungan aku ke kawasan bebas cukai yang terletak di Pengkalan Kubor. Kalau mereka-mereka yang tinggal di Kelantan mesti dah tahu sangat tempat ni. Boleh kata ni merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong jugak la kat Kelantan ni.


Bila sampai kat sini memang banyak sangat kereta. Kebanyakannya plate kereta dari luar Kelantan. Macam Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Pahang pun ada. Ramai diantara mereka mengambil kesempatan nak shopping kat sini. Maklum la. kat sini kalau mereka-mereka yang nak beli pinggan mangkuk berjenama macam Corelle ke, Pyrex ke, memang murah. Sebab tak dikenakan cukai. Tambah pula banyak pilihan dan tak payah beli satu set. Siap boleh pilih-pilih lagi.


Tengok je la kemeriahan kat Pengkalan Kubor ketika ini. Penuh dengan kereta. Sampai tempat parking pun penuh. Kali ni tak macam time aku pergi bulan Ramadan hari tu. Time tu lengang je. Biasa la. Di musim perayaan macam ni kan.


Ni antara pilihan barangan yang korang boleh beli dekat Pengkalan Kubor ni. Pakaian memang cukup banyak. Tak kira la untuk lelaki ke perempuan ke. Semua ada. Memang tak kecewa la beli kat sini. Banyak choice. Harga pun murah-murah. Tapi kalau pandai tawar-menawar, lagi la murah.


Ni time aku lalu depan kedai rojak buah. Ramai betul orang beratur. Rezeki pak cik ni hari ni. Rojak buah dia mesti sedap. Tambah pula tengah-tengah panas macam ni. Mesti ramai yang nak duduk-duduk rehat sambil makan rojak buah ni.


Bila dah habis shopping kat kawasan bebas cukai ni, korang boleh la singgah dekat Masjid Al-Huda. Dekat je dengan kompleks bebas cukai ni. Tapi korang kena keluar dulu la. Sebab lokasi Masjid ni kat luar daripada kompleks tu. Boleh la rehat-rehat kejap ke. Sebab facility kat masjid ni cukup selesa. Banyak yang disediakan. Jadi kalau nak singgah kat sini pun ok jugak.

Ni la antara tarikan kat Pengkalan Kubor ni. Aku rasa ramai diantara blogger yang dah sampai kat sini. Kalau tak lagi. Apa kata korang berkunjung kat sini bila datang melawat ke Negeri Kelantan ye. =)

8 comments:

Kalamhati said...

rojak pakcik tu memang kesukaan ramai..org klate panggil 'colek'..hehe

keistimewaan pakcik ni..setiap kali nak potong buah or nak masukkan buah atau kuah rojak dalam plastik...dia mesti baca bismillah..smpi masa utk solat..dia kan berhenti niaga jap..

tu sbb rezeki dia murah kot..=)

Aizat Shafiq said...

@Kalamhati

mesti akak pernah beli colek ni kan?..
hehehe...
tak sempat pulak nak rasa tadi...
sebab ramai orang...
malas nak beratur...
hehehe...

Ery Farieha said...

bawak aku jalan kelantan jom
ko sponsor
ahahahaha

Aizat Shafiq said...

@Ery Farieha

sponsor ek?...
tunggu aku kaya dulu la...
hehehehe

noor afzan said...

huhu...
lama doh tak gi kelate nih..

selamat hari raya ke 6 buat shafiq.

Aizat Shafiq said...

@noor afzan

kalau datang bagitahu la ye...
=)

Selamat Haru Raya ke-6 juga...

Anonymous said...

sbb tu la pak cik tu femes dgn pgln "pok cik bismillah" ..

Aizat Shafiq said...

@anonymous

wah2...
tak tau plak...betul ke ni?