September 19, 2010

Penyembelihan cara Islam dikatakan kejam?

Penyembelihan cara Islam merupakan satu kekejaman terhadap binatang? Tu kenyataan yang dikeluarkan Animal Welfare campaigners yang berada di UK. Sebab diorang cakap penyembelihan cara Islam ni menyeksa binatang. Yang mana, bila kita sembelih cara Islam, kita letakkan pisau di leher haiwan tersebut sebelum sembelih. Tu yang mereka kata kejam. Sedangkan kalau kita bunuh haiwan tu dengan cara bius atau tembak lagi elok. Korang boleh tengok artikel tentang ni kat SINI.

Ni menjadi isu bila banyak sekolah, hospitals, pubs dan juga famous sporting venues menyediakan daging yang disembelih mengikut cara Islam. Menurut laporan tu jugak, Wembley Stadium juga hanya menyediakan daging yang halal. Sebab tu timbul isu macam ni. 

Macam-macam hal yang timbul bila membabitkan orang Islam kan. Nak tahu lebih lanjut keadaan orang Islam kat luar negara ni korang boleh la tanya Joegrimjow ke, Long Hafiz ke. Sebab diorang memang dah tinggal kat sana sebab study. Mungkin diorang lebih tahu.

Tapi tu la. Asal melibatkan umat Islam je, macam-macam hal. Kita ni kejam. Kita ni pengganas la. Lepas tu mula nak buat provokasi. Teruk betul. Saja nak ganggu sensitiviti beragama. Tu la hakikat zaman sekarang.

4 comments:

aYaz said...

akhir zaman..
umat islam dipandang rendah dan diperlekeh oleh mrk yg bukan islam..
wallahualam..

Aizat Shafiq said...

@ayaz

tu la...
asal libatkan umat Islam je mesti heboh..
sepatutnya kita sekarang ni kena bersatu...
betul tak?...
=)

farah said...

diorang kutuk macam2, aleh2 time pilih ayam kt kedai, cari ayam halal gak. siap berebut lagi ngn kite.

Aizat Shafiq said...

@farah

mungkin kat Malaysia ni lain sikit kot...
kalau nak dibandingkan dengan negara lain...
=)