September 4, 2010

Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh | Tips Hari Raya

Sekarang ni dah pun bermula musim balik ke kampung. Dan mereka-mereka yang berada perantauan sudah tentu akan punlang ke kampung menemui keluarga. Dan apa yang kita harapkan adalah untuk sampai ke kampung halaman dengan selamat tanpa sebarang musibah atau kecelakaan. Bagi mereka yang pulan ke kampung halaman dengan kereta, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat. Jadi kat sini aku nak bagi tips-tips pemeriksaan kereta untuk perjalanan jauh. 

Sebelum berangkat pulang ke kampung halaman, korang buatlah pemeriksaan tambahan:

  1. Periksa kualiti minyak pelincir dengan tolok pengukur yang ada pada enjin. Ni untuk memastikan yang enjin korang berada dalan keadaan baik. Mana lah tahu kalau terkurang ke, sebab ada leaking kat mana-mana.
  2. Check air dalam radiator. 
  3. Tutup radiator tu kena letak elok-elok lepas check takut nanti tak betul lain pulak jadinya.
  4. Check tegangan & keadaan tali kipas udara.
  5. Check jumlah minyak brek.
  6. Check minyak auto transmisi & power steering.
  7. Check air bateri dan pastikan semua sambungan disambung dengan elok.
  8. Kemaskan kabel-kabel plug dengan baik.
  9. Isi air pembersih cermin depan.
  10. Periksa spare tyre. Mana la tahu kalau jadi pape ke.
  11. Check jack dan peralatan tukar tayar dan tools yang sepatutnya. Sebab mungkin berguna waktu kecemasan.
  12. Last sekali check keadaan tayar anda. Pastikan tekanan tayar mestilah 15%-30% lebih tinggi dari tekanan normal. Kalau ada paku ke, batu kerikil ke antara tayas tu buang la ye.
Tu antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang kena la rancang sebetulnya. Jangan nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke kampung halaman dengan selamat.

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman  ye !

12 comments:

iqbalsyarie said...

Nice tips!!sgt berterima kasih..kdg2 org lupa...manusia perlukan peringatan,pasti!

TERBARU: Bayyinat-penjelasan

joegrimjow said...

nasib baik dah ada kat kg halaman
=)

sweet-ladybird said...

berhati2 di jalan raya.. :)

Sky0ne said...

raya tu raya jugak, keselamatan jgn dilupa..slamat bercuti raya! :D

Aizat Shafiq said...

@iqbalsyarie

thanks...
manusia kan mudah lupa...
sebab tu kita kena ingat-mengingati...
=)

Aizat Shafiq said...

@joegrimjow

hahaha...
datang la beraya kat umah nanti...
=)

Aizat Shafiq said...

@sweet-ladybird

betul tu...
tapi sebelum ade kat jalan raya...
kena check kereta dulu ye...
=)

Aizat Shafiq said...

@skyone

thanks...
selamat bercuti raya jugak...
=)

zulkbo said...

salam..
semoga sihat selalu
orang di sini..terima kasih
mengingati perkara yang kita
mudah lupa..

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

wahaha ! tips yg bagus !!, suker2,, pompwan pun kena pndai enjin,, juz pndai bwak je pun x gune gak,, huhu

Aizat Shafiq said...

@zulkbo

thanks bro..
=)

Aizat Shafiq said...

@siti faridah

hehehe...
thanks...
Sma2 kena ambik tahu pasal kereta...
nanti kalau tak tahu susah pulak nanti kan?..
=)