September 23, 2010

Review The Expendables | Mungkinkah movie of the year?

Malam semalam layan movie yang tak berapa nak baru jugak la The Expendables. Arahan Sylvester Stallone. Aku rasa ramai yang dah tengok movie ni, sebab dah lama dah keluar panggung kalau tak silap aku sebelum bulan puasa lagi. Pelakon dia, memang tak payah nak cerita la, semua best-best. 


Sylvester Stallone mesti la ade, body tetap maintain walaupun dah menjangkau 60an. Jason Statham, kalau tengok dia ni dalam cerita The Transporter nampak macam besar. Tapi bila berdiri sebelah Sylvester Stallone nampak kecik je. Pastu, Jet Li yang dikira paling kecik la dalam ramai-ramai. Ade jugak Stone Cold. Aku cukup suka dia berlakon, walaupun sebelum ni dia ni meningkat naik dari dunia wrestling tapi lakonan dia memang best. Bersahaja cuma kali ni dia jadi orang jahat. Pastu ada pulak Bruce Willis dengan Arnold Schwarzenegger walaupun sekejap. Memang tip top la cerita ni.

Pasal action korang tak yah cerita la. Setakat bunuh-bunuh pakai pistol ke pisau ke tu dah jadi perkara biasa dalam action movie. Action dia memang best. Kalau pernah tengok cerita Rambo mesti korang sendiri faham macam mana tahap action dalam filem ni. 


Aku tak cerita la sinopsis cerita ni. Sebab aku rasa baik korang tengok sendiri, bagi yang belum tengok la. Tapi memang kepuasan terjamin bila tengok cerita ni. 

Aku bagi 9/10 untuk cerita ni. Sebab ada satu part tu agak slow. Jadi tak boleh nak bagi full la. 

2 comments:

kata kila said...

gile best cite ni!

Aizat Shafiq said...

@kata kila

memang best...
penuh dengan action kan...
=)