September 9, 2010

Sungguh biadap perlakuannya

Tadi aku baru pulang dari Tesco Kota Bharu. Beli barang untuk sikit untuk esok. Hari ni jalan pun tak berapa nak jem. Kereta pun tak banyak sangat. Orang sibuk kemas rumah kot. Bila kat Tesco pun tak ramai orang sangat. Tapi boleh la tahan. Masih ada lagi yang siap-siap nak beli pakaian raya, songkok, baju Melayu. Memang betul-betul last minute shopping.


Kat sana tadi aku jumpa dua jenis orang. Kedua-dua dekat tempat cashier aku nak bayar. Aku beratur kat cashier dekat setengah jam jugak la. So, kat sini aku nak share dengan korang.


Kisah Pertama :


Ada seorang mamat ni. Aku tak rasa yang mamat ni dah kahwin. Sebab aku tengok dia dengan awek kalau tak silap. Sebab kita boleh tahu antara perbezaan awek dan isteri kan? Korang mesti faham maksud aku. Jadi nak dijadikan cerita, awek dia ni beratur belakang la. Sebab dah beratur lambat. Kena beratur kat belakang kan?!


Lepas tu cashier sebelah tu baru bukak. Ade satu keluarga ni menuju ke cashier tu. Dah beratur siap-siap letak barang dah. Mamat ni terus potong. Suka hati dia je panggil awek dia tu suruh bayar. Kena tengking jugak la kat situ. Brader yang dengan family ni tegur la. Perghh. Boleh buat dek je. Dengan pakai spec Rayban tah ori ke tak. Boleh je die blah lepas suruh awek dia bayar. Memang biadap jugak la aku cakap. Kalau korang berada kat tempat aku pun korang mesti dapat rasa macam mana kan?


Kisah Kedua:


Ade seorang akak ni la. Sebab memang tua dari aku pun. Beli barang. Tapi tak ada price tag. Lepas tu, bila staff kat situ bawak datang tag harga mahal dari harga yang dia nak. Terus marah-marah. Cakap tadi diorang letak harga tempat dia ambik tu murah la. Dah la kami yang beratur-beratur kat belakang ni dah lama menunggu dengan sabar. Dia pulak boleh marah kat cashier tu tak faham la. Cakap info salah la. Akak ni tak bersabar ke, ni dah pun hari terakhir kita berpuasa.


Tu la 2 kisah aku kat Tesco tadi. Kadang-kadang rasa jugak sakit hati bila fikir balik. Yang paling aku tak suka kat mamat tu la. Perangai teruk sangat. Macam Tesco dia punya. Sedangkan kat situ ramai lagi yang beratur. Ish3..Macam-macam bila dah last day puasa ni. Jap-jap. Sekarang ni perangai kita atau dah dapat godaan dari sesuatu? Hmmm..

8 comments:

kyle said...

kesian....ape leh buat, kita jgn buat kat org sudah....huhu....slnt hari raya :)

Kalamhati said...

Macam2 perangai orang..yg penting kita tak wat cemtu..

Tp btul la..rasa pelik je jalan kt kb td tak jem..slalu padat je..huhu memang semua awal2 lg dh ready kot..sbb dah kuar kt berita 60k kereta akan masuk kelantan kot..sumer takut..huhu

Aizat Shafiq said...

@kyle

tu la...
sabar je la tadi...
selamat hari raya jugak...
=)

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

60k?..
ramai betul..tak perasan pulak news tu...
hehehe..
mungkin sebab tu yang tak berani nak kuar kot...
tapi semalam memang sangat2 jem...
hari ni je dah reda sket...

lionteen said...

macam bagus je mamat tu...blasah kang br tau...
nk tunjuk macho depan awek la tu..ley bla la..

bella said...

hahahahah yang pasti aku tau spec ray ban yang dia pakai tak ori ... gelabah giler pakai spec dalam mall ? panas ker ??? wakakaka .... orang macam tu mmg biasa ... tapi kalau kena kat aku ,.. aku sound je ... biar dia malu skit..

Aizat Shafiq said...

@lionteen

tu la..
menyampah jugak..
tapi yang peliknya..mamat tu tengking awek die...
patut ke tak?

Aizat Shafiq said...

@bella

hahaha...
aku rasa pun macam tu kot...sebab tu dia pakai dalam mall...
dah ade orang sound jugak tadi...
tapi dye buat dek je...
memang tak de perasaan kot...