September 2, 2010

Tol Percuma sempena Aidilfitri 2010

Kerajaan dah umumkan tol percuma percuma untuk musim perayaan kali ni. Sebanyak 25 syarikat konsesi lebuh raya telah pun bersetuju untuk memberikan insentif kepada pengguna termasuk pengecualian dan diskaun kadar tol.  

Kepada pengguna Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 di bawah pengurusan kumpulan MTD akan mendapat pengecualian tol untuk semua kelas kenderaan bermula dari pukul 9 malam (7 September 2010) hingga pukul 6 pagi (8 September 2010) dan mulai pukul 9 malam (15 September 2010) hingga pukul 6 pagi (16 September 2010).

Selain itu, syarikat-syarikat lain seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) turut memberi diskaun pada tarikh tersebut.


No comments: