September 17, 2010

Zaman sekarang ni Kad Kredit memang keperluan ke?

Sekarang ni semua orang perlu ada kredit kad ke?


Tadi aku nak pergi bayar bil Celcom Broadband aku. Tapi memandangkan hari Jumaat merupakan hari cuti umum untuk negeri Kelantan jadi aku cuma boleh buat pembayaran melalui kiosk payment je la. So, aku pun pergi la ke Celcom Centre dekat rumah aku.

Sampai kat situ, ada dua mesin kiosk. Tapi kedua-duanya hanya untuk pengguna Kad Kredit. Dan kepada yang nak bayar cash tak boleh. Aiseyy. Satu hal pulak. Jadi macam mana aku nak bayar bil? Dah la line broadband aku ni makin nazak. Jadi aku terpaksa la jugak nak tunggu esok. Lain la kalau aku ni ada kad kredit. Tapi aku ni memang tak ada kad kredit. Terpaksa la tunggu sehari lagi.

Memang kad kredit ni keperluan ke zaman sekarang?

6 comments:

maverick said...

tgk keadaan gak bro..kalo selalu buat intenet transaction ok la..takat nak bayar2 bil ni..xperlu sgt kot...byk lagi care lain...

sweet-ladybird said...

kad kreadit ni ade kebaikan dan keburukannya.. tapi lebih byk buruk daripada yang baik.. bagi yg boros, lady fikir x perlulah gune kad kreadit.. bahaya.. dah terlalu ramai org muflis disebbakan penggunaan kad kreadit tanpa batasan.. setakat ni akak rs, kad kreadit msh bukan keperluan :D..

Aizat Shafiq said...

@maverick

tu la...
tapi tadi time nak bayar bill broadband kat machine kiosk tu kad kredit je boleh guna...
cash dah tak boleh...
macam perlu la pulak kan?...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@sweet-ladybird

selalunya orang akan tengok keburukan daripada kebaikan kan?..
tapi memang kad kredit ni ade jugak kebaikannya...
betul tak?...
yang penting tu atas diri sendiri jugak...
=)

lay an said...

keperluan no komen.

tapi, cc adalah satu kemestian.

kalau pandai pakai cc, bank senang nak approve loan. terbukti kat kawan aku.

nak ambik car loan, bank lain banyak songeh, tak cukup umur la, nak guarantor la.

bank yang dia ambik cc tu, dalam sehari je dah approve loan. tapi, ini dibantu dgn kredit history cc dia yang ok. cc tak pernah bayar lambat dan selalu bayar lebih dari minimum payment.

Aizat Shafiq said...

@lay an

bagus pendapat tu...
cukup setuju dengan anda..
yang penting semua tu terletak pada diri sendiri kan...
=)