October 27, 2010

Aku rasa nak buat kelainan la time konvo nanti.

Dengan tahap broadband aku yang agak kurang memberansangkan setakat ni. Memang aku cukup tak suka. Internet makin perlahan. Nak load satu-satu page pun lambat. Memang cukup boring.  Malam ni baru balik dari Tesco. Beli barang-barang sikit. Sebab nak travel lagi dua hari. Kan aku nak konvo 30-10-2010 ni. Jadi beli barang makan sikit la. Untuk perjalanan nanti.

Esok pulak banyak kerja nak kena settle. Baju untuk konvo pun tak cari lagi. Hahaha. Memang last minute. Kalau ikut dalam surat Konvo tu kena pakai full suit. Complete sekali dengan blazer. Tapi ye la kan. Kalau macam aku ni mane nak cari blazer? Nak beli baru? Macam buang duit je. Pakai sekali lepas tu tak pakai dah. Ingat nak try pakai baju batik Indonesia time konvo nanti. Agak-agak gempak tak?


Hahaha. Aku Google jap tadi. Cantik jugak ape. Kelainan sikit. Tambah-tambah time ambik gambar. Kalau aku pakai batik ni memang terserlah lah siapa aku yang sebenarnya. Hahaha. Tapi masih difikirkan, nak buat macam ni ke tak. Tinggal sehari je lagi. Esok dah siap-siap nak check-check mane yang patut. Nak gerak dari Kota Bharu nak ke Kuala Lumpur ni perjalanan jauh jugak la. Sebab tu kena make sure everything ok. Tambah-tambah pulak sekarang ni traffic tengah sibuk. Maklum la. Kan nak mengundi. Silap-silap dapat duit raye tengah jalan. Mane la tau kan. Hehehe.

Ok lah. Entry untuk malam ni sebelum tido sampai kat sini je. Esok kita sambung cerita lain. Aku nak rehat-rehat jugak. Sebab ade kerja nak kena settlekan. Sebab baru dapat projek. Hehehe. Boleh buat tambah downpayment kereta jugak ni. =D

6 comments:

SyAmSuL AnUaR said...

Cntk baju...

K. Beyazid said...

pergh...siyes...baju 2 memang cantik bro...

Aizat Shafiq said...

@syamsul anuar

hahahaha...
thanks...
=)

Aizat Shafiq said...

@k. beyazid

kalau ikutkan hati...
memang nak pakai time konvo nanti...
hehehehe

Faizal@PeJAY said...

aku nak baju tu..ko konvo bila katne

Aizat Shafiq said...

@faizal@pejay

hahahaha...
ko cari kat kedai...=p
aku konvo kat GMI la...Bangi...