October 17, 2010

Asal tempat bowling dah bertukar macam disco?

Semalam macam yang korang tahu aku ke MidValley. Berjumpa dengan rakan-rakan. Sampai kat sana memang ramai orang. Macam biasa. Itulah suasana MidValley Megamall di hujung minggu. Penuh dengan remaja-remaja. Tak kira la masih bersekolah ke. Pelajar university ke. Memang ramai.


Semalam kalau ikutkan aku tak nak la main bowling kat MidValley tu. Sebab ape? Sebab semalam Cosmic Bowl tutup lampu pastu just guna lampu biru yang macam ala-ala disco tu. Ditambah pulak dengan muzik yang cukup kuat. Memang aku tak suka. Lagi satu cukup menyerabutkan kepala.

Tapi ramai je aku tengok orang kat dalam tu. Boleh kat majoriti student la. Memang suka lepak-lepak kat tempat macam tu. Yang tak syoknye. Sekarang ni aku tengok budaya orang kita ni sama je dengan orang barat. Lelaki perempuan berpelukan kat tempat-tempat macam tu. Tambah pulak dengan keadaan yang gelap. Memang menyakitkan mata aku yang melihatnya. Tambah pulak kalau perempuan tu bertudung.

Sebab tu aku hairan jugak la. Sebab ape diorang boleh buat macam tu. Sebab sepatutnya dibiarkan terang. Ni tak macam nak menggalakkan pulak benda-benda tak elok berlaku. Seeloknya lebih baik mencegah kan? Ape salahnya kalau dibiarkan terang dalam kawasan bowling tu. Macam kat Times Square ke. Ni tak. Memang nk menggalakkan budak-budak zaman sekarang ni clubbing ke ape?

12 comments:

Ery Farieha said...

cop!

rasanye dah bertahun2 cosmic bowl kt mid macam ni

ko baru perasan ke?

Bit Zamri said...

ouh...betol3...
dari dulu dah pasan..
kita yg bertudung macam xbest nak masuk situ...weirdo~

Kalamhati said...

tempat awam gitu mana sesuai..bukan remaja je pegi situ..family pun ada kan..mengundang maksiat ke pe wat gelap2 gitu..huhu

kyuubi said...

nak buat tarikan, lupa semua hal lain. tu yg jd mcm tu

maCy said...

disko cne ek rase die

molmolla said...

aku tak pernah jejak kaki kat situ.. tengok wayang kat mid selalu r. men boling kat situ tak pernah..

Aizat Shafiq said...

@ery

dah lame dah perasan...
tapi semalam macam lain pulak tengok nye...
=)

Aizat Shafiq said...

@bit zamri

betul tu...
dah macam disco sangat...
bising dengan gelap plak tu...

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

tu la...
gelap-gelap ni macam boleh jadi...
huhuhuhu

Aizat Shafiq said...

@kyuubi

setuju...setuju...
kelainan yang boleh mengundang padah...
aku tak suka...
huhuhuhu

Aizat Shafiq said...

@macy

disco ek?...
takde pengalaman masuk...tapi lalu tu ade la...
bukan macam disco sangat...
cuma suasana yang gelap dengan music yg kuat boleh mengundang macam2...
bahaye jugak tu...

Aizat Shafiq said...

@molmolla

tak pernah ke?...
bagus2...hehehehe...