October 27, 2010

Bengang dengan kedai tu, sebab ape?

Baru balik dari kedai. Tadi teman mak aku pergi beli kasut jap. Teman je la. Tak shopping sebab aku rasa tak perlu kot. So, tadi masuk la kat satu kedai ni. Kedai kasut. Tapi bila masuk je kedai tu. Terus cepat-cepat keluar.

Sebab ape aku keluar dari kedai tu cepat-cepat?

Memang mula-mula mak aku masuk kedai tu. Nak tengok-tengok kasut. Banyak jugak choice kasut kat kedai tu. Tapi bila masuk je kedai tu. Lagu yang dipasang kat dalam kedai tu memang cukup membingitkan telinga. Kuat sangat. Lagu pulak bukan lagu yang mendayu-dayu. Lagu bising. Lagu rock kapak lame. Perghhh. Memang sakit telinga la. Sebab tu aku terus keluar.


Lepas tu, staff kat situ pulak memang tak tengok customer langsung. Buat dek je. Buat kerja sendiri. Sedangkan orang nak tanya. Sebab tu la kedai tu tak ade orang nak masuk. Bila dengar lagu dalam kedai tu, ade jugak lagi satu kedai yang pasang lagu kuat-kuat jugak. Macam nak lawan lagu kedai sape yang paling kuat pulak.

Aku rasa memang tak patut la. Kalau nak pasang lagu pun, pasang la lagu yang orang kata sentimental sikit. Halwa-halwa telinga. Baru syok nak dengar. Tenang je untuk customer beli barang. Ni tak. Kalau boleh lagi kuat nak dipasang. Hmmm...

4 comments:

titirara said...

diorang mesti pikir yang kite suka lagu kuat2 kan , padahal tak suke . boleh jadi pekak nanti . huhu

Aizat Shafiq said...

@titirara

tu la..
sampai boleh buat customer lari...
huhuhuhu

Siti said...

penah jugak ade pengalaman camni.. mmg sakit ati betul.. tapi biasanya kalau gi kedai camni dengan mak, mak memang akan tego pekerja kedai tu. hmm memang tak patut..

Aizat Shafiq said...

@siti

tu la...
macam tak nak customer je kan...
=)