October 1, 2010

Cikgu Shida timbulkan kontroversi?

Siapa sebenarnya Cikgu Shida ni?


Sekarang ni kalau tengok ramai bloggers yang menulis pasal Cikgu Shida. Aku baru je lepas melawat blog Joegrimjow. Tengok pasal entry Cikgu Shida. Dia sangat-sangat menyokong. Tapi yang tak disokongnya pada penggunaan title 'Cikgu' tu. Tu je yang dia tak sokong.

Ok. Aku sebelum ni memang tak kenal pun siape Cikgu Shida ni. Sebab tiba-tiba je dia ni popular. Kalau dulu, ramai blogger yang tulis pasal Anas Koq. Yang popular dengan Youtube jugak. Ni pulak pasal Cikgu Shida. Kalau korang search video Cikgu Shida ni kat Youtube memang banyak. Dan paling latest video miming lagu Shakira, Waka-Waka.

Biasalah ade yang minat, ade yang tak. Aku tengok je komen dalam Youtube tu ade yang keji. Ade yang cuba mengajar. Tapi bagi aku rasa memang tak patut Cikgu Shida ni buat macam ni. Menggunakan title Cikgu Shida, dia buat macam ni cukup memalukan. Walaupun dia rasa tak malu. Tapi dengan menggunakan title 'Cikgu' dan imej bertudung aku rasa sangat-sangat tak elok. Terlompat-lompat macam tu. Memang tak patut.
Walaupun tu untuk kepuasan dia. Tapi bila dah dipublickan cukup memalukan.


Dengan imej bertudung memang aku tak sokong. Ye la, kalau dulu orang cakap imej bertudung ni lemah lembut. Sopan santun. Kalau macam ni, ape dah jadi? Memang sah-sah terpesong ni. Dah jauh. Jadi baik dia fikir balik. Nak cakap lebih-lebih pun sapelah aku kan? Nak cerita pasal agama nanti takut tersalah tafsir pulak. Baik dia sendiri yang fikir.

39 comments:

diana said...

makna nye kalau dia tak bertudung
baru nampak
elok la dia buat gitu???
macam tu??

Aizat Shafiq said...

@diana

bukan maksudnye macam tu...
tapi bila bertudung ni satu je orang akan ingat kan?...
sebab tu dia patut fikir balik...
patut ke tak dia buat macam tu...

Faizal@PeJAY said...

video waka-waka di sini
http://faizalpejay.blogspot.com/2010/09/waja-lancer-2010-cikgu-shida-waka-waka.html#comments

Kumbang Jingga said...

kalau ikut hukum betul2 pakai tudung ke atau tak pakai tudung rasanya tak leh wat mcm tu..entah lah aku pun bukan tahu sgt hukum hakam hehe...tp pakai misau tu tak boleh sbb perbuatan menyerupai lelaki tak boleh...apa pun kita tanya ustaz utk lebih detail peace ehehe

Kyuubi_85 said...

adeh, mcm2 lah.. dia x rasa malu kot buat mcm tu

~ataicha~ said...

salam...

yupp nama cikgu syida makin cepat naik... tambah2 bila dia upkan video di youtube...

hmm bagi saya untuk kepuasan sendiri ok laa.. tak yah la nak tunjuk kat seluruh dunia.. setakat miming tu okla kut.. tapi ni tambah2 ngan tarian ala2 shakira.. xmanis dan x elok terutama sebagai seorang islam kan...

cukup la untuk tatapan sendiri... x yah la sampai memalukan diri sendiri, keluarga dan kaum kerabat..

:p

~ayu.oyie.yuna~ said...

sy pun kurang selesa tgk video ni...dgn imej & gelaran yg terletak di depan namanya 2.. Nak2 lagi dia perempuan..Lagipun apa pekdahnya wat cam ni?

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

kalau baca komen2 dekat video nih di youtube.. ade yang cakap cikgu shida nih lelaki sebenarnye.. xtau la kan...

Aizat Shafiq said...

@kumbang jingga

tu la pasal...
aku tak berani nak cakap pasal hukum2 ni...
tapi bila dah pakai tudung tu, orang mesti tau dia ni agama ape...
hmmmm...

Aizat Shafiq said...

@Kyuubi_85

tu yang aku hairan tu...
memang tak malu langsung...
ish3...

Aizat Shafiq said...

@~ataicha~

betul tu...
aku pun tak tahu die pkir macam mane...
hairan-hairan...

Aizat Shafiq said...

@ayu.oyie.yuna

cukup memalukan...
tapi buat tuan empunya diri...
tak tahu la macam mane...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@aisumi chan

lelaki?...
hehehehe...
tak tau plak...
=p

Khairi said...

keyword paling panas hari ini 'cikgu shida'.

konfem popular neh. sempoi gile hehehe.

yatie.sb said...

memalukan diri sendiri aje..
nape lah die begitu?

Aizat Shafiq said...

@khairi

hahahaha...
betul2...

=)

Aizat Shafiq said...

@yatie.sb

tu la...
tak tahu nak cakap macamane...
die tak rase macam tu kot...
huhuhu

joegrimjow said...

dah lama xikuti perkembangan die
;)

Aizat Shafiq said...

@joegrimjow

makin ramai yang tak suka...
tu je yang aku tahu...
=)

Moon said...

hah,,kutuk ,, kutuk la dy teros,,sampai korg sndiri dpt dose,,knp korg ta kutok je pnyanyi2 yg pkai tudung kt ngare kte nih ? npe na kutok dy sorg ? sketi dy la n buat ape pon ,, tapaya la na kutok2 ,,

Anonymous said...

kita x tau mcm2 cara utk org layan 'sepi' cik shida ngan cara dia..asal dia bahagia n x kacau org sudah...sekurang2nya dia bg kita gelak..org2 yg slalu rase hebat dan x pernah rase kecewa & sepi je yg saya rase kecam hebat si cik shida ni...pepe pun tu pendapat saya..

Anonymous said...

maaf interfere... cara macam ni je kita nak nasihat dia... takkan kita nak terus biarkan dia hanyut.. maaf cik moon, cik shida seagama dengan kami. jadi wajib bagi kami untuk menasihati dia, supaya nnt dia tersedar.... wallahu'alam

Anonymous said...

merosakkan mata dunia kat cikgu² seluruh malaya!!

Anonymous said...

typical malaysian comments..lol..go teacher shida..i'm proud of you!!!

misah said...

kalau saya lah....saya tak kisahpun cikgu ni buat video camni....menghiburkan pe...kalau tension2 n boring, tgk je video cikgu shida mesti tergelak....ramai lagi artis2 islam yg sah2 buat kerja tak baik dgn pakaian yg kurang sopan. Lgpun kita tak cam pun rupa sebenar cikgu shida ni....lelaki atau perempuan pun dah menjadi tanda tanya....jgn lah buat dosa dgn kutuk org tak tentu pasal....I'm happy with your video cikgu shida...hehe...

Anonymous said...

Stuju Misah.... ada juga yg berfikiran positif....

Muhammad Fais bin Jamil said...

mengikut hukum perempuan menyanyi adalah haram disisi agama, ianya mengambil hadith sahih yang mana perempuan tidak boleh melaungkan azan. tak kiralah bertudungka atau tidak bertudung. kes cikgu ini jatuhnya hukum haram apabila berpakian seperti lelaki, mendedahkan auratnya semasa miming lagu dan kurang sopan dari segi adab bagi seorang perempuan.
tetapi menyanyi dikalangan yang mahram dan sesama jenis [yakni perempuan] hukumnya harus.

sama juga dengan lelaki bernyanyi, hukumnya harus jika senikatanya menuju dan membesarkan kehabatan ALLAH. Hukumnya jatuh makruh apabila senikatanya memuji manusia.

Anonymous said...

Biarlah cg shida nak buat apapun.. yg korang sibuk sgt ni sebab apa.. sbg pendidik, sy amat2 tau selalunya cikgu cmnila yg budak2 paling suka dan ngajornya pun mesti best.. takdk salah apa, biarla dh dia kreatif nak buat cmtu. daripada dlm you tube tu ntah video apa pelik2 ok jugak dia buat camni.. yg paling saya heran, video minah indon yg dua org miming tu memang top giler2 padahal ntah apa2..takdak lawak kreatif apapun jika nak dibandingkan ngn cg shida.. dahla tu mengutuk org lain , cuba ada rasa empati dan kaji sikit napa cg.shida jd cmni daripada korang mengutuk dia tak tentu pasal..

Siti Safiyyah said...

pergh kontroversi gak cikgu shida ni..heh sabar aizat sabar.. :)

Aizat Shafiq said...

@siti safiyyah

biase la tu...
tapi yang hairannye...diiorang ni tak nak tunjuk sape diorang kan?...
=)

Anonymous said...

BIAR JE CKGU SHIDA 2....HUKUM JGN LETAKKAN SESUKA HATI....KITA XLEH NK MENGHUKUM SESEORANG YG KITA SENDIRI XTAU APE DOSA YG DIA WAT...

iwan arshad said...

btul kta anonymous tu..tpi aku rase hram gak klu pmpuan mnyrupai lelaki....renug2kn..dan slmt bramal....

Anonymous said...

renung semula Falsafah Pendidikan Negara...bagaimana untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi jika guru sendiri tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.Guru adalah role model yang akan menjadi ikutan dari segi berpakaian,tutur kata dan perilakunya...renung2kan dan selamat ber amal =)

Azman Jafar said...

Hmmm aku ni oun cikgu gak... suka hati dialah nak buat apa.. bukannya dia buat tak senonoh pun cuma terkinja-kinja... aku kalau boleh nak buat cuma tak punya kekuatan.. janganlah tertutup sangat minda.. Aku rasa ko sebenarnya nak buat tapi malu... SUDAHLAH..

http://senariomalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

bia lah dia tu.. nasib dia tak buat video porno.. dia nk bmimik macam tu..bia la.. asal dia tak buat benda haram.. kita ne bukan siapa2 nak menghakimi n menilai org lain.. dah memang pewatakan dia mcm tu.. lebih baik dr perempuan yg pakai tudung yang buat video porno.. yg tak suka tgk,tak yah lah tgk.. kan senang mcm tu.. takyah nk buat dosa nk mengata2 cik shida tu..

dinsblog said...

buat per nak gaduh2.

siti said...

aku rasa baik dia menghiburkan hati org yang suka tgk video dia,kepada yang tak suka,tok sah dok mengata...meluat nak dgr korang punya kuih ketupat busuk...huh!

Anonymous said...

aik...ramai gak org melayu islam yg sedar akan hukum hakam...tapi filem melayu yg byk aksi2 terdedah...banyak jugak yang cuci mata. cuba korang yang rasa alim ni boikot filem melayu dan artis melayu yang memalukan org islam melayu. pada aku cikgu shida tu tak mempengaruhi sapa2 pun. kalau nak kata tergedik2...kbyk pompuan memang cam tu..tudung tu tak de makna apa2...pada lelaki kat luar sana jgn agung2kan sangat perempuanl bertudung ni. level iman dia sama je dgn yg bertudung.......

Anonymous said...

We are who we are... tk kesahlh die pakai tdung ke tak ... ade jugak sesetngah perempuan yg pki tdg tapi perangai masyaallah..