October 19, 2010

Dulu dikutuk, sekarang disanjung

Kalau korang masih ingat. Aku pernah terima satu surat extremely urgent. Surat yang aku tunggu-tunggu. Maklum la, surat tu lah yang akan menentukan masa depan aku. Tu la surat tawaran pekerjaan untuk aku daripada sebuah syarikat yang agak terkemuka dalam bidang Oil & Gas. Syarikat apa, biarlah rahsia. Nanti bila aku dah lapor diri, aku cerita kat korang ye. Yang penting syarikat tu ada bangunan sendiri kat KLCC. Bukan Petronas. Tapi salah satu syarikat yang menjadi partner dalam subsidiaries dengan Petronas.


Sebelum tu aku nak cerita dulu pasal background aku, memang kali ni nak cerita totally pasal diri aku sendiri la. Masa aku sambung belajar kat GMI memang orang ramai yang tak setuju. Ye la kan. Time tu aku dapat tawaran kat Kolej MARA Kulim. Dah sebulan pun dekat situ. Lepas tu aku berhenti. Aku masuk GMI. Untuk ambik Diploma. Tinggalkan matrik yang bakal menjanjikan Degree pada aku nanti. 

Bila masuk GMI, orang pulak tanya kat aku. Asal masuk GMI. Asal tak sambung degree? Sebab result aku boleh kata elok la jugak. 7 A untuk SPM. Tapi ambik Diploma. Memang down jugak la time tu. Semua orang kutuk je kan. Sape yang tak marah. Tapi nak buat macam mana. Sabar je la.

Sekarang, bila aku dah dapat perkerjaan kat satu company yang agak besar. Dan berjawatan. Kenapa semua penghinaan tu hilang? Semua tu digantikan dengan pujian? Kenapa ye? Sebab nanti aku nak kaya ke? Sebab tu semua orang baik dengan aku? 


Aku tak hairan pun semua tu. Yang aku tahu, rezeki tu semua bukan aku yang punya. Mungkin dalam apa yang aku dapat ni. Ada jugak milik orang lain. Sebab tu aku rasa tak perlu aku nak bangga-bangga. Kalau tuhan nak tarik balik. Sekelip mata je boleh hilang. 

Tapi bila orang pandang kejayaan kita baru nak berkawan dengan kita tu. Tak macam hipokrit ke? Terus terang aku cakap. Aku bukan  seorang yang mudah untuk berkawan rapat dengan orang. Melainkan aku yang cuba approach diorang. Ramai yang cakap aku ni sombong pada first impression diorang. Tapi tak tahu la kan. Yang aku tahu, bila kita dapat sesuatu, mesti ramai orang akan datang dekat pada kita.

Mengapa ye?


p/s: Bukan nak menunjuk. Cuma aku nak tanya pendapat korang. Bukan semua orang macam tu. Tapi mesti ade segelintir yang macam tu.

28 comments:

Kujie said...

lumrah manusia, jadi bukan sesuatu yang pelik - bergantung persekitaran kita manusia jenis macam mana.



p/s tiap kali cursor gerak , tiap kali tu keluar pop up authentication requeired - twitter API

bdk baekk said...

mmg da rezeki anda.
belaja kt mane2 pun same.

Kyuubi said...

mmg lumrah manusia kan. asal kita berjaya mesti ramai nk dekat. dulu kata tak guna. bila dah berjaya dipuji melambung2.. biasalah

p/s knpa twitter API ni selalu minta authentication? Selalu aku lawat sini mesti ada twitter ni

Scya LollitA said...

tmpat atau tempoh sbnrnye x pntg . yg pntg usha kita utk bjya dlm hdup kan ?

Kalamhati said...

dapat exxon mobile ye..tahniah aizat!selamat menempuh alam pekerjaan..

Anem arnamee said...

Betul, tahniah awak:)

Aizat Shafiq said...

@kujie

betul tu kak jie...
orang selalu tak suka tengok kita
berjaya kan?...
=)

Aizat Shafiq said...

@bdk baekk

lamenye tak komen..
hehehehe...
betul2...tapi dulu orang cakap lain tau...
=)

Aizat Shafiq said...

@kyuubi

tu la...
kadang-kadang tu rasa jugak sakit hati tu...
huhuhu

pasal twitter tu dah solve...
terprivate tweet hari tu...
tu pasal jadi macam tu...=)

Aizat Shafiq said...

@scya lollita

betul tu..
usaha + doa + tawakal...
insyaallah..
mesti kita berjaya...
=)

Aizat Shafiq said...

@kalamhati


hehehehe...
thanks akak..
=)

Faizal@PeJAY said...

aku tak kira aku kawan semua org..layan...aku sombong tak

Cik Norfa said...

neway..tahniah!!
pedulikkan dgn orang macam tu. nnti klu time kite ade prblem or ssh bukan dia yg akan tlg.

/Dayah//Nurul/ said...

tahniah berjaya harungi semua rintangan sgla onak dan duri k. smg murah rezki. uhuk2, kita nak kenal bole kan :) heee. bestnya tgk gamba korang kat belog ery

Aizat Shafiq said...

@faizal@pejay

tak2...
ko tak sombong...hehehehe...
kan dah kenal lame...
=p

Aizat Shafiq said...

@cik norfa

thanks...
tu la...cari rakan-rakan yang boleh kita mintak tolong time susah senang..
=)

Aizat Shafiq said...

@dayah/nurul

thanks...
nak kenal?...
hehehe...
boleh je...ape salahnye kan...
=)

Ery Farieha said...

woh byk komen

yeah dah dgr cerita ni dr ko sendiri

hehee

rezeki kita, kita tak tau
kn?

Aizat Shafiq said...

@anem arnamee

thanks...
=)

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

hehehehe....
kali ni cite pasal diri sendiri pulak...
bukan selalu...hehehehe
=)

Nur Azila Ismail said...

tahniah aizat :)

biasa la orang macam tu , dulu cakap macam2 .

nuriz said...

mulut org tak boleh tutup mulut tempayan boleh le ditutup, jgn pikir apa orang kata, sebab orang tu tak bg kita makan heheh..mungkin depa tak tau, kita sendiri menentukan masa depan kita.

aYaz said...

1stly,
congratz sbb dpt offer keje yg besh..
2nd,
abaikan ape yg diorg kate dan
balas je ngan senyuman...
3rd,
rezeki tu ada kat mane2,Tuhan bg adil pd sume hamba2Nya,cume manusia tak reti nak cari,tak tahu nak appreciate..
4th,
nnt dah brjaya,jgn lupa org lain yg dah byk membantu..
lastly,
selamat menempuh alam pekerjaan dan semoga berjaya!
gambatte ne...


^.^

Aizat Shafiq said...

@nur azila ismail

thanks....
=)

Aizat Shafiq said...

@nuriz

tu la...semua tu cabaran...
yang penting kita ikut kata hati kita kan...
=)

Aizat Shafiq said...

@ayaz

thanks...
banyak bagi support and nasihat tu...hehehehe..
=)

aYaz said...

suke bg support pd kenalan2 mcm kenalan blogger..
nak dengki2 pn bukan dapat ape,kan?
so,support adalah yg terbaik wlpn support dr jauh..

^.^

Faizal@PeJAY said...

wei bila lagi nak mkn nasi briani insaf..rindu le time tu leh snap2 gambar