October 23, 2010

Filem 2 Alam hanyalah Khayalan Dr. Rozmey?


Sekarang ni ramai wartawan dah geleng kepala bila tonton Filem 2 Alam yang diterbitkan oleh Dr. Rozmey. Filem yang di canangkan bakal mengutip kutipan sehingga 40 juta? Betul ke? Sampai tahap tu ke?
Nak cakap lebih-lebih pun aku tak tengok lagi. 
Antara komen-komen yang diberikan oleh wartawan yang tengok pra tonton movie tu.
Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.
Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.
“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Komen lain pulak,

Wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam sekadar "biasa-biasa" sahaja.
Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton.
"Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya.
Tambahnya, lakonan para pelakon perlu diperkemaskan kerana tuntutan filem berkenaan adalah kuat. 

Bila dah dengar komen macam ni aku nak gi tengok ke cerita ni? Ye la. Kurang-kurang pun nak habiskan RM 12 jugak untuk satu movie. Tambah-tambah pulak sekarang ni, kebanyakan remaja mana nak tengok movie-movie Melayu ni. Selalu orang akan cakap yang movie Melayu ni tak best la. Dah keluar komen macam ni lagi la orang tak nak tengok. 


Jadi bakal tercapai ke target Dr. Rozmey nie?

12 comments:

Izan Ishak said...

dahsyat tu target dia...400j.
kalau biasa2 aje nak tgk pun jadi malas~~

Haw said...

aku pun dah lama tak tengok movie2 nie

molmolla said...

tulisan kau agak berubah2 disitu :)
pening aku nak membacanya.. hahahah :D

btw, aku memang takkan tengok laa kan. bukan tak support tapi cerita macam takde pengajaran~

Kyuubi said...

filem facebook, the social network kat us baru 2 minggu dah Rm400 juta. yg ni kalau org dah komen mcm ni, nk smpi 1/4 pun payah. Aku mmg takan tgk. hahaha

Wan Zulqhairi said...

bila kuar citer ni?

Aizat Shafiq said...

@izan ishak

bukan 400j...
40 juta je...
tak tau la...tapi komen daripada mereka yang pergi pra tonton tu macm tak best je...

Aizat Shafiq said...

@haw

ye ke...
sekarang ni pun tak banyak cerita best sangat...
=)

Aizat Shafiq said...

@molmolla

bukan berubah la...
nak buat kelainan sikit...
hehehehe

cite tak keluar lagi takkan dah pasang niat tak nak tengok kot...
=p

Aizat Shafiq said...

@kyuubi

ye ke?...
hebat-hebat...tak tau pun pasal tu...
tah la...
takut filem ni macam angan2 je nak kutip 40 juta...
lagipun...dalam Malaysia je kot...

Aizat Shafiq said...

@wan zulqhairi

kalau tak silap...
18 november kot...

Ery Farieha said...

ngeh3

tinggi sangat la aim dia

org kate filem avatar pun tak sampai 4juta

huhuu ~

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

tu la pasal...
hairan jugak aku...
memang aim tinggi...
silap2 jap g nak sampai sejuta pun susah...