October 9, 2010

Graduan ramai, kerja banyak jugak ke?

Tahniah kepada graduan-graduan dari UPM. Sebab sekarang ni mereka-mereka akan menerima segulung skrol. Mengikut course yang telah pun mereka tamatkan. Mungkin ada yang selama 3 tahun, 4 tahun dan mungkin juga 5 tahun. Tahniah buat mereka. Aku pun tengah tunggu detik bersejarah jugak, tapi hujung bulan ni la. Sebab aku pun bakal menggenggam skrol jugak nanti. =)

Kalau ikut laporan Berita Harian, kira-kira 7,545 graduan yang bergelar graduan bersempena Majlis Graduasi UPM kali ni. Seramai 256 orang penerima ijazah kedoktoran, ijazah sarjana seramai 1,520 orang, sarjana muda seramai 5,277 orang, dan juga diploma seramai 492 orang. Cukup ramai.

Aku jugak terfikir kat situ, dalam seramai-ramai graduan tu, berapa ramai yang dapat kerjaya mengikut kelulusan yang diorang ambik kat universiti tu. Ye la kan, 7,545 orang satu angka yang cukup besar. Tambahan pulak sekarang ni peluang pekerjaan cukup susah. Faham-faham je la kan.

Jadi bila dah belajar kat universiti 3,4 tahun last-last kerja dekat shopping complex. Sedangkan hutang PTPTN bertimbun. Macam mane tu ye. Aku terfikir jugak. Sebab aku baru je dapat kerja kan. Tak lari dari bidang yang aku ambik. Syukur Alhamdulillah. 

Jadi sejauh mana rasionalnya course-course yang ditawarkan kat Universiti ni? Memang banyak course. Macam-macam. Betul tak? Tapi bila dah keluar tak ade kerja. Sedangkan lepas belajar nak kena tanggung hutang ribu-ribu. Kadang-kadang tu menganggur sampai bertahun-tahun. Macam mana nak bayar hutang? Tu pendapat aku.

Tu baru satu Universiti yang graduate. Kat Malaysia ni berapa banyak IPTA yang ade? Kalau satu-satu IPTA dah 7,8 ribu yang graduate di darabkan pulak dengan jumlah IPTA kat Malaysia ni. Tak ke berpuluh-puluh ribu? Ramai tu. Sedangkan peluang pekerjaan kat Malaysia ni cukup terhad. Aku kesian jugak dekat mereka-mereka yang bertahun-tahun menganggur. Sampai sekarang tak dapat kerja. Macam mana tu?

Jadi kesempatan ni aku nak promote sikit kat korang, sebab esok dah bermulanya Karnival Kerjaya oleh Jobstreet. Malaysia Career & Training Fair (MCTF 2010). Satu acara platform terbaik untuk mencar kerja. Sebab pengalaman rakan-rakan aku yang join MCTF ni Insyaallah korang boleh dapat panggilan untuk interview. Sebab tu jangan lepaskan peluang ni.


Further Information:

Tentatif :

Tarikh : 8 October-10 October 2010
Masa : 10 pagi -7 malam
Tempat : MidValley Exhibition Centre

14 comments:

x-po said...

dan dalam ramai2 bilangan tu, mesti akan ramai yang cuba utk sambung dlm pendidikan DPLI atau KPLI..dan akibatnya aku dan budak2 UPSI lain terpaksa menggangur lagi..

Mahu Isteri Bekerja Atau Suri Rumah Sepenuh Masa?

aYaz said...

erkk?
sampai kuar dalam paper pasal konvo kat upm?
hmm..
masing2 ade rezeki masing2,kan?
sebab tak sume yg grad tu,terus bekeje,
ada gak yang sambung study...
^.^

(aku je tak sambung,hek.. :p)

Aizat Shafiq said...

@x-po

hehehe...
nampak gaye macam tu la...
sebab kerjaya sebagai guru ni banyak tempatnye...
sebab tu ramai yang nak jadi cikgu...
kesian pulak kat graduan UPSI...hehehehe...

RMA said...

kat midvalley lagi ke?
adusss... cnfrm sesak...

Aizat Shafiq said...

@ayaz

popular tau...tak caye tengok la kat Berita Harian Online...hehehe...
sekarang ni keje agak susah...kalau dapat keje baik keje...
sambung tu mungkin ade mase lain...
=)

aYaz said...

wah2..
tak tahu sampai masuk news,huu~
tahu total tu masa raptai konvo kemarin..
emm,insyaAllah ada rezeki kat mana2,
smbung stdy,mybe tak kot?
lagi2 bila dah bernikah...
ngeng3...
:p


*tahniah juga buat aizat untuk konvo nanti.. :)

Ery Farieha said...

takot la nak tempuh alam pekerjaan ni
tp study pun xmau
wakakak
dasar pemalas

Rara Nasiha said...

bagus jugak bila ada karnival kerjaya ni sume. sbb benda ni la yang byk membantu graduan2 lepasan uni.

Aizat Shafiq said...

@RMA

a'a...
kat MidValley lagi...
tapi rasenye tempat tu cukup sesuai...
sebab public transport pun senang kan?...
=)

Aizat Shafiq said...

@ayaz

hehehe...
thanks...
sempat lagi...
dah kawen pun boleh sambung ape...
=)

Aizat Shafiq said...

@Ery Farieha

kene blajar leklok tau...
hehehe...
nanti susah nak dapt keje...
sekarang ni pelajaran ngan Ko-kurikulum dua2 penting...
=)

Aizat Shafiq said...

@Rara NAsiha

betul tu...
sebab tu kena selalu jenguk2 kat karnival kerjaya...
potential nak dapat kerja senang kat situ...
=)

Faizal@PeJAY said...

aku InsyaAllah pergi harini..ko pegi tak??

Aizat Shafiq said...

@Faizal@PeJAY

tak pegi la...
aku dah dapat offer keje dah...
=)