October 4, 2010

Hantu ke yang kacau aku semalam?

Korang pernah nampak hantu tak? Aku tak pernah lagi. So, semalam aku macam kebiasaan tidur lambat, online dulu, tengok movie dulu. Sampai la pukul 2 pagi. Dah pukul 2 pagi tu la baru aku tutup lampu. Jadi gelap la bilik tu. Cuma ade cahaya samar-samar.

Baru je baring, tak sampai 10 minit. Tiba-tiba, aku dengar bunyi kat luar rumah. Bunyi macam benda terbang. Haaaaaaa?? Aku pun dah konfius jugak ni. Ye la kan, burung mana nak terbang tengah-tengah malam? Pukul 2.30 pagi pulak tu. Macam-macam aku fikir. 

Nak tidur pun tak senang. Yelakan.Tengah-tengah malam. Bunyi kuat pulak tu. Memang macam kalau korang ambik cadar ke, selimut ke, korang buat macam sayap. Memang cukup kuat. Aku nak tengok pun time tu dah tengah malam malas nak layan sangat. Pastu terus baring je atas katil.


Kalau dah macam sayap tu tentu nak fikir, pontianak je kan? Mane la tau, kot-kot datang nak singgah kat umah aku ke. Tengok jugak ikut lubang rumah tu. Maklum la, rumah kayu. Tapi takde pape pun. Lepas tu, aku terus abaikan. Sambung tidur balik. Sebab bunyi tu sekali je. Aku tunggu untuk bunyi lagi. Takde jugak. Last-last aku tidur je.

Pagi ni aku bangun keluar kat tepi bilik aku. Korang tahu ape yang aku jumpa?


Ok, fine. Semalam pokok Pisang kat sebelah bilik aku terbalik. Perghhh. Memang menyirap betul. Aku ingatkan ape la yang jadi semalam tu. Rupa-rupanya pokok pisang yang ajak aku main gurau-gurau ye. Takpe. Takpe.




8 comments:

aYaz said...

heheh..
jangan dimintak2 nak jumpe ngan benda2 camtu..
lemah semangat nanti..
:p

Nur Azila Ismail said...

kalo zila da menangis da . haha

Aizat Shafiq said...

@ayaz

hehehehe...
=p

Aizat Shafiq said...

@Nur Azila Ismail

terkejut jugak semalam...
sebab tu buat tak layan je...
hehehehe

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

lawak2

ijatnuar87 said...

benda gitu makin dilayan makin takut...jadi baik wat donno jek,hehehhe...kiter tak kaco dier,dier xkaco kiter la kan...hehehe

Aizat Shafiq said...

@Miss Normala Norfiqz

hahaha...
tu la pasal...
bikin cuak je....
=)

Aizat Shafiq said...

@ijatnuar87

stuju2...
tapi masalhnye yang kaco semalam tu pokok pisang je...
tu yang tension tu...
hahahaha