October 25, 2010

Harga Tiket Final Piala Malaysia naik mendadak

Kalau korang tengok berita TV1 satu tadi mesti korang perasan. Yang tiket untuk perlawanan akhir yang bakal berlangsung kat Stadium Bukit Jalil hujung minggu ni meningkat. Aku pun terkejut jugak dengan berita tadi. Maklum la. Memang ramai peminat-peminat bola yang akan turun. Tambah-tambah bila pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan. Yang mana memang mempunyai ramai peminat fanatik.


Tadi pulak, berita TV1 umum yang tiket untuk perlawanan akhir nanti RM 50 untuk grandstand berbumbung. Kalau yang lain pulak RM 30. Perghhh. Mahal tu. Kalau tahun lepas, harga tiket untuk Grandstand baru RM 30. Yang lain-lain baru RM 20. Macam mane boleh naik tinggi macam ni?

Naik secara mendadak? Aku pun tak faham kita tunggu je la nanti. Yang aku tahu, yang tu baru umum RM 50. Nanti dapat kat ulat-ulat tiket. Mesti diorang boleh jual sampai RM 60- RM70. Banyak tu. Kalau korang nak beli tiket. Baik beli awal-awal. Jangan sampai tertipu pulak dengan ulat-ulat tiket ni ye. Kalau tak korang pulak yang rugi.

4 comments:

✿ y a t i e.sb ✿ said...

TAK PATUT LANGSUNG~

Aizat Shafiq said...

@yatie

memang tak patut...
huhuhu

molmolla said...

mak aiiiiii!!! saje je nk amek duit orang .. ish!

Syafrizal said...

biasa la black market