October 19, 2010

Hobi aku dikala kebosanan

Malam ni bosan sikit. Aku pun tak tahu nak buat apa. Nak tengok drama kat TV semua yang sambung-sambung. Tak syok la. Sebab bila tengok cerita sambung-sambung ni nak kena ikut. Sebab tu malas nak ikut drama-drama ni. Sebab tu jugak aku lebih suka mengadap laptop.

Macam korang tahu, dah 6 hari jugak la aku kat KL. Dan 6 hari jugak la aku tinggalkan gitar aku kat umah. Tak sentuh langsung. So, malam ni kira aku spend time sikit dengan gitar aku. Dah 3 jam kot. Hahahaha. Stop mandi, solat. Pastu sambung balik. Gile ape. Hahahaha. Serius, bila main gitar korang boleh terpengaruh tau. Sebab tu kalau tak start main. Tolong jangan main. Nasihat dari seorang rakan. Hehehe.


Ni gambar gitar aku. Yang baru diambik. Fresh dari ladang. Brand biase-biase je. Tak mampu lagi nak pakai Gibson yang harga ribu-ribu tu. Maybe suatu hari nanti. Kalau ade orang nak sponsor la. Hehehe. Wayar-wayar yang berselerak kat belakang tu jangan tanya ye. Tu memang berserabut. Sebab wayar speaker, laptop, PS2. Hahahah. Banyak lagi la. Memang tak terurus. Ok2. Esok aku kemas. 

By the way korang layang la lagu ni dulu, memang best. Aku ingat nak buat version aku sendiri. Tapi disebabkan aku ni pakai broadband je, jadi tak boleh nak upload. Kalau nak upload mungkin ambik masa sampai 3 hari 3 malam. Sebab tu aku still tak mampu nak keluarkan video dan upload kat youtube atau blog. Sorry guys.. 


Amacam? Best? Aku main sebijik macam tu. Hahahaha. Lagu ni macam frust cinta je kan? Tak lah. Aku  tak frust cinta pun. Best tang melody nya tu. Untuk beginner pun sesuai layan lagu ni. Senang je.Tak nak mengarut dah. Maybe one daya aku akan upload video ni version aku sendiri.. =)

2 comments:

Afiq Bukhari said...

ni mesti gempak giler main..aq taw main satu lagu je,tears in heaven haha sebab lagu tu je aq belaja. ;p

Aizat Shafiq said...

@afiq bukhari

takde la...
biase2 je...
dapat main tears in heaven tu pandai jugak la tu...
=)