October 22, 2010

Kahwin awal | Wajar atau tidak?

Aku pernah bertanya pada junior aku (perempuan) . Ape yang korang nak buat bila dah habis belajar?  Dia cakap nak kahwin. Wah. Jawapan yang cukup memberangsangkan. Aku memang kenal bf dia. Dan satu batch dengan dia. Dan maybe satu kelas kot. Kalau aku tak silap. Tapi bila dah habis belajar terus nak kahwin? Sesuai ke?


Kebiasaan mesti orang cakap. Mungkin dah jodoh. Sebab tu diorang kahwin awal. Tapi kalau aku pikir lain pulak. Kalau untuk perempuan mungkin senang kot. Sebab memang tanggungjawab tak sebesar lelaki. Kalau lelaki, banyak nak kena fikir. Sebab bila nak tanggung anak orang takkan nak bagi makan pasir pulak kan? Tak kan nak hidup dalam serba kekurangan? Mesti la nak ada satu keluarga yang bahagia kan?

Aku tanya lagi kat junior aku tu. Berapa lama nak bagi tempoh kat si lelaki ni untuk bina kestabilan dalam kewangan ke?. Dia cakap setahun. Cukup ke? Terus terang aku cakap nak mulakan satu kehidupan bukan semudah tu. Tambah-tambah sekarang ni kerja pun susah nak dapat. Kalau dapat pun sekarang ni duit ringgit kita cukup kecik. Kalau kat hidup kat KL dengan gaji RM 1800 ++ sekarang pun boleh dianggap kecik. Sekarang ni semua benda mahal. 

Tu pandangan aku. Jadi rasional kahwin selepas belajar ni patut ke? Lain la kalau latar belakang keluarga yang boleh dianggap kaya ataupun berada. Mungkin family boleh tanggung lagi. Tapi kalau dari kalangan keluarga biasa macam mana? Tak ke nanti akan membebankan?

Lain orang lain pendapat. Korang pulak macam mana? 

14 comments:

aYaz said...

err..
depends kot pada individu tu dan area dia menetap..
tp iya laa,bila dah jodoh,nak wat cemane..
myb pas nikah,dah duduk sebumbung,rezeki melimpah ruah,who knows?
apa yg penting,
manusia harus berusaha dan berdoa,bertawakal...

^.^

Ery Farieha said...

woi
apesal molmolla no 1 commentators?

oh yelaa
hari tu 1 hari x layan blog trus die potong
cis achu!!

ehh salah komen.
err kawen awal?
depends la kan.
kalo sebaya mmg susah la nak kawen
xkan sume family nak sponsor?
huhuhu

SyAmSuL AnUaR said...

kamwin muda2 bnyk dugaan..elok kawin jngn muda sngt..

Pencuri

Aizat Shafiq said...

@ayaz

betul tu...
selalunya orang kata bila berkahwin ni rezeki semakin melimpah ruah kan?...
yang penting usaha, doa dan tawakal...
nice comment...
=)

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

hahahaha...bersaing betul korang ni kan...
=p

tu la...
bila dah muda-muda sangat susah jugak kan?..
nanti mesti perlukan bantuan family jugak...
hmmm..

Aizat Shafiq said...

@syamsul anuar

setuju...
kedua-dua pihak kena pandang kehadapan...
bukan kerana cinta semata-mata...
=)

Ummi Hanie said...

itu sebab...sy xsuke kawen org sebaya...heeheehee...pompuan xkisah,laki tanggung...tp yg laki ni pastikan dah stable la...

aYaz said...

usia tak menentukan segalanya..
kalo usia meningkat,tp perangai tak serupa usia,sama aje..
yg pnting kat sini,kesedaran dlm diri individu terbabit..
sbb tu dikatakan,kalo paham konsep nikah,cerai dan kekeluargaan,
insyaAllah takde problem ape2..
sbb bakal suami-isteri sama2 tahu dan paham apa yg diorang akan buat,akan jalani..
lg 1,nikah kawen ni bukan utk 3,4,5 hari-bulan-tahun,
tapi sehingga ke akhir hayat,
seterusnya hingga ke akhirat..

^.^

tika said...

tgk keadaan gk la..ade mmbe tu br abes study trus kwin,time tu keje pn xdpt lg..tp,msg2 support each other la..coz da kwin,da tau tggungjwb sendiri...yg xtau tggungjwb ni yg mslh...

Aizat Shafiq said...

@ummi hanie

betul tu...
lelaki kena make sure stable...
kalau tak stable susah jugak nanti kan...
=)

Aizat Shafiq said...

@ayaz

yang penting...
lmu pengetahuan pasal perkahwinan tu perlu...
khatam habis semua tu baru ade keyakinan nak kahwin...
betul tak?

Aizat Shafiq said...

@tika

kalau macam tu takpe...
takut nanti bila dah kahwin masing-masing nak salahkan antara satu sama lain...
btw..
yang kawin awal ni parents support ek?

molmolla said...

adehhhh! duit pun takde, nak kahwin.. bg aku laaa.. even lelaki tu ada duit sekalipun, takkan die tanggung semua? iskkk! aku rasa tak patut.. jgn berharap sangat kat lelaki, kalau ada pape nt susah kot..

Aizat Shafiq said...

@molmolla

hehehe...
kira macam sediakan payung sebelum hujan la ni ye?...
=p