October 22, 2010

Lelaki mudah dikuasai wanita

Lelaki sanggup buat apa sahaja untuk seorang perempuan? Kenapa?


Aku pernah berdepan dengan situasi seorang rakan aku yang sanggup melakukan apa sahaja untuk seorang perempuan. Walaupun bergaji besar. Betul. Aku tengok lelaki ni sanggup buat apa sahaja untuk perempuan ni sedangkan kawan sendiri tak boleh buat macam tu. Kalau kawan sendiri ni macam ade satu penghalang .

Tapi kalau untuk perempuan tu. Cukup lain. Bukan aku nak dengki. Tapi aku cuma hairan. Tu lah kekuatan yang ada pada seorang perempuan. Sehingga mampu menguasai seorang lelaki sampai macam tu. Pernah sekali, aku dengar cerita daripada rakan aku yang mereka ni pernah bergaduh, dan cuba korang bayangkan, handphone yang bernilai sampai ribuan ringgit dicampak sehingga pecah. Adakah tu makna sebuah CINTA?

Hairan jugak. Sebab lelaki ni macam terlalu takut dengan perempuan tu. Adakah tu perlu? Tunduk kepada seorang perempuan walaupun pada hakikatnya dah jadi macam orang suruhan? Sanggup berulang-alik dari satu lokasi yang jauh, semata-mata nak jumpa dengan perempuan tu lepas kerja. Tapi kawan-kawan ajak minum kat kedai dekat dengan rumah pun boleh tolak.

Fine. Memang perempuan tu boleh tolong dia sepanjang masa ke? Memang dia hanya perlukan perempuan tu dan tak perlukan rakan-rakan? Dan kalau rakan-rakan yang dia ada sekarang ni dah tak berkawan dengan dia siapa yang boleh dia mintak tolong?

Marah pun marah jugak. Sebab aku tengok, kerana seorang perempuan dia ni rosak. Tak macam time belajar dulu. Banyak duit dilabur kat perempuan tu. Hak dia memang la. Tapi tak pandang masa depan ke?  

Betul la orang kata, segagah, sekuat mana seorang lelaki tetap tewas oleh seorang wanita. Dah banyak sejarah membuktikan. Macam mana tewasnya Julius Ceasar ke atas pujuk rayu Cleopatra. Banyak lagi contoh lain. Mungkin sebab tu perempuan lagi hebat dari lelaki. Sebab tu jugak lelaki selalu terpengaruh oleh wanita. 

Mungkin ni dah buktikan segalanya kan. Hmmm.

10 comments:

aYaz said...

hmm..
dalam hal ni,tak tahu laa siapa yg patut dipersalahkan..
memasing ade kepentingan,ego..
kena yg elok,elok laa..
kena yg tak bape elok,hancus...
pucuk pangkal,berbalik pada diri individu tu sendiri...

Yatre Hayati said...

tapi kadang-kadang ada jugak yang lelaki bijak dan mampu berfikir kan...

Nur Azila Ismail said...

kakak sy plak , dengan kawan perempuan dia . huhu . lebih kurang mcm ni jugak

Aizat Shafiq said...

@ayaz

setuju2...
individu tu patut fikir balik kan?...
=)

Aizat Shafiq said...

@yatre hayati

tu la...
kadang-kadang ade jugak tahap yang dirasakan lelaki macm ni memang tak pandai nak fikir...
hmmm....

Aizat Shafiq said...

@nur azila ismail

ooo..ye ke...
tu la...
sekarang ni bukan sorang dua je boleh jumpa macam ni...
ramai...
=)

ZihNuN FaTiN said...

kdg2 xjgk...de je perempuan dikuasai lelaki..mgkn cinta bertepuk sblh tgn?

Aizat Shafiq said...

@zihnun fatin

tak tau la...
tapi kalau control macam tu...
bukan cinta bertepuk sebelah tangan dah...
dah bertangan2 ni...
hehehehe

Ery Farieha said...

kadang2, aku rasa aku tak wat pe pun kat bf aku

tp die yg nak buat mcm2 utk kite

cemane?

aku takde rasa nak kuasai mana2 laki pon

hohooh

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

tu untuk ko...
tapi kalau orag lain...mungkin ade kot...
=)