October 22, 2010

Lelaki tak suka keluar rumah, lelaki bermasalah?

Kalau namenye lelaki mesti selalu dikaitkan dengan suka berjalan. Suka keluar melepak sana-sini. Tapi bila cakap pasal lelaki yang tak suka keluar rumah. Ni menjadi satu kelainan. Mengapa ye? Mungkin boleh kata banyak persoalan yang timbul. Antara persoalan yang aku rasakan boleh timbul macam :
  1. Lelaki tu tak ade duit nak keluar kot.
  2. Lelaki tu mesti tak ade kawan.
  3. Lelaki ni ramai orang tak suka kot.
  4. Lelaki ni pemalu?
  5. Lelaki ni kedekut. 
Banyak lagi la yang boleh dikaitkan dengan lelaki yang tak suka keluar rumah. Boleh cakap lelaki yang tak suka keluar rumah ni macam anak dara la. Suka duduk terperuk dalam rumah. Macam tu ke? 


Terus terang aku cakap, aku seorang yang cukup tak suka keluar rumah. Melainkan ade sesuatu yang aku rasakan perlu aku keluar rumah. Sebab tak ade duit? Tak lah. Bukan sebab tu pun. Tak ade kawan? Aku pun tak rase macam tu. Tapi kadang-kadang aku memang suka keluar sorang-sorang.

Pernah dulu, aku layan movie sorang-sorang. Time kat KL la. Jalan kat MidValley sorang-sorang. Boleh kat gile ke macam tu? Aku tak rase macam tu. Sebab aku rasa bila aku jalan sorang-sorang macam kita nak manjakan diri kita lebih sikit. Aku akan buat ape yang aku suka. Tak perlu terikat dengan mana-mana atau sape-sape.

Tapi sebab ape aku tak suka keluar rumah. Sebab banyak benda yang aku boleh buat kat rumah. Aku habiskan masa aku dengan gitar. Tak pun aku main Playstation. Ape lagi? Online sudah semestinya. Bila dah asyik sangat keluar ke satu-satu tempat tu dah jadi boring. Sebab tu aku hanaya kan keluar bila aku rasa nak.

Bila aku cakap aku tak suka keluar rumah mesti orang hairan. Kenapa ye? Kalau dah nama lelaki mesti kena selalu keluar rumah pergi jalan-jalan ek?

15 comments:

Ery Farieha said...

agak dah
mesti ko macam ni
hahahahaha

laki bila dok rumah je aku pelik gak
tapi bila dok kuar je, benci aku

hahahaha

payeen said...

seyes lah lelaki xsuke keluar rumah. i dlm 10000 mungkin. dats weird.

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

hahahaha...
mane ko tau?...
=p

Aizat Shafiq said...

@payeen

hehehehe...
saye2...
memang jarang kuar rumah bila kat rumah...
=)

aYaz said...

mmg susah nak jmpe lelaki yg x suka kuar umah,
lagi2 yg masih bujang2 trang tang tang neh..
tp ada jugak alasan khusus kan,
ngape beliau tak suka sangat kuar umah..

Syafrizal said...

hehe aku adalah salah seorang yang suka duduk di rumah hehe

molmolla said...

cehhhh..
kau suka keluar bila ada ajwin kan??
acehhcehhhhhh :D

HAHAHAHA~

Aizat Shafiq said...

@ayaz

hehehe...alasan khusus?...
dah explain kan...
=p

Aizat Shafiq said...

@syafrizal

kita serupa...
hahahaha

Aizat Shafiq said...

@molmolla

hahahahah....
aku sekeh karang...

=p

aYaz said...

haha..yg khusus itu laa yg sudah kamu sertakan..
lagipun,bila difikir2 semula,
perlu ke membuang masa keluar rumah selalu?
ada sebab utama ke tak untuk keluar rumah?

(isyy..macam soal-jawab plak.. :p)

Aizat Shafiq said...

@ayaz

hehehe...
takpe2...soal jawab pun takpe...=)
baik relaks2 kat rumah kan...
lagi best...
=)

zati said...

samer laa kite hik, tak suke kuar umah, tpi mmg payah skunk nie nk cri laki xke kuar umah hahak :D

Aizat Shafiq said...

@zati

hehehehe...
tak sangke kita serupa...
=D

roll said...

aku pun tak suke kluar rumah sbb selalu main ps3 dan komputer dari pagi sampai malam!