October 18, 2010

Manusia ni banyak ragamnya

Alhamdulillah. Selamat jugak sampai ke Kota Bharu. Setelah dekat dengan seminggu jugak aku ade kat Kuala Lumpur. Dalam masa 6 hari ni macam-macam jugak aku lalui. Berjumpa dengan blogger-blogger yang memang sebelum aku memang teringin sangat nak jumpa. Maklum lah dah dua kali miss nak jumpa diorang.

Bila dalam perjalanan pulang ni macam-macam la kita jumpa. Orang ni banyak ragamnya. Tadi aku duduk sit dua orang kat dalam bas. Sebelah aku ni perempuan. Tapi saiz yang agak XXL la. Bukan nak mengata tapi memang betul. Duduk sebelah aku. Ok. Fine. Aku kat tingkap so, memang susah la nak gerak. Tapi nasib baik la sit aku ni besar dan aku pulak kecik jadi ok la kan. 


Yang aku rasa macam tak patut la kan, tadi sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, dia jatuhkan sit tu sampai habis limit la. Kira memang kalau dengan orang kat belakang tu kira memang boleh kena la. Sebab nak tidur selesa kot. Tapi tak fikir pasal orang kat belakang. Aku pun pelik jugak. Tak fikir ke? Tu satu yang agak tak sedap jugak la mata nak memandang.

Lepas tu turun je bas tu, time tu stop kat Merapoh. Memang selalunya bas kalau perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memang stop kat Merapoh. Jadi bila bas tu stop je, perempuan ni macam berlari-lari nak pergi makan. Perghh. Ok. Aku faham. Adakah ni disebabkan saiz badan? Yang lain aku tak nak komen panjang. Korang pun boleh fikir sendiri kan?

Hehehehe. 

p/s : Gambar kat atas tu memang tak ade kaitan. =)

8 comments:

Nur Azila Ismail said...

aizat org kelate ye ? :)


org malaysia mmg macam2 ragam , ske wat ikot ske hati jer , tak fikir org sekeliling

Ery Farieha said...

hahaha

aku dapat bayang weh

ko dahla kecik kan?

xP

Aizat Shafiq said...

@nur azila ismail

tinggal kat Kota Bharu...
=)

Aizat Shafiq said...

@Ery Farieha

hahahahaha...
tu la pasal...
aku ni dah la kecik...=p

molmolla said...

ceittttt! haha.
kesian orang tu. hey, sekali dia pembaca blog kau. opsss! :D

Kalamhati said...

macam2 perangai org ni..akak pun byk gak pengalaman naik bas balik KB time study dulu..huhu ada yg lawak ada yg wat kita bertukar jd hulk pun ada..=D

Aizat Shafiq said...

@molmolla

hahahaha...
dia tak kenal aku kot...
hehehehehe

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

tu la...
macam-macam kan...
bertukar jadi hulk?...
macam mane tu kak?