October 20, 2010

Mungkin ni menjadi sebab apa aku tak suka tengok bola kat stadium

Semalam aku tengok video pasal kekecohan kat stadium lepas perlawanan bola sepak. Video kekecohan antara penonton Selangor dan Kelantan kat Stadium Shah Alam. Bila tengok video tu, baru la aku tahu sebab ape aku tak suka tengok bola kat stadium.

Kalau diikutkan, aku baru 3 kali tengok bola kat stadium. Tu pun dah lame dah. Time aku zaman-zaman sekolah lagi. Time tu, pun bukan aku sendiri yang nak tengok tapi orang yang ajak. Kebetulan sedara aku ajak, baru aku ikut.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Stadium Negeri, Sarawak
Stadium Shah Alam, Selangor

3 stadium ni je yang aku pernah jejak kaki tengok bola. Lepas tu, dah tak jejak kaki ke stadium dah. Sampai la sekarang. Bukan aku tak minat bola, aku memang minat bola. Aku kiranya fanatic fans untuk Manchester United. Tapi bila berbalik kepada bola Malaysia. Lain pulak aku rasa. Aku pun tak tahu sebab ape.




Tengok pulak kekecohan penonton kat stadium, aku hairan. Sebab ape nak gaduh-gaduh. Adat pertandingan ade kalah, ade menang. Sebab ape perlu nak provok orang lain. Kalau macam tu la kan, elok buat pagar besi  tinggi-tinggi. Macam tengok bola dalam sangkar burung. Baru elok. Ni kalau di biarkan macam tu mesti gaduh.

Mungkin sebab tu jugak jadi sebab utama sebab apa aku tak suka nak tengok bola kat stadium. Walaupun sekarang ni rumah aku cuma 10 minit dari Sultan Muhammad ke-V.

4 comments:

maverick said...

ade orang suke tgk bola sebab ni la

molmolla said...

Kalau ManU datang, kite g tengok sama2 okay. Ko abaikan je yang sekarang ni.. HAHAHA!! :D

Aizat Shafiq said...

@maverick

hahahaha....mungkin jugak...
sebab nak tengok gaduh2...
=)

Aizat Shafiq said...

@molmolla

no problem...
asalkan ko jangan lupe ajak aku...
hahahahaha...
+ blanjer sekali....=p