October 20, 2010

Pembinaan Menara Warisan | Adakah satu keperluan?

Kalau korang masih ingat. Pembentangan Bajet 2011 hari tu Perdana Menteri kita telah pun mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 5 billion untuk membina Menara Warisan yang terletak bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.


Bagi aku, itu adalah satu projek yang dianggap cukup besar dalam pemerintahan Perdana Menteri kita ketika ini. Dengan memperuntukkan sebanyak 5 billion. Itu adalah satu angka yang cukup besar. Tapi tak berlaku pembaziran ke kat situ?

Berdasarkan laporan daripada Berita Harian hari ni, Perdana Menteri kita menyatakan bahawa pembinaan Menara Warisan ni tak memberikan pembaziran, tetapi mmberi keuntungan kepada negara dan rakyat. Selain tu, pembinaan Menara Warisan yang mempunyai 100 tingkat ni merupakan cadangan yang telah pun diberikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada kerajaan.

Sejauh mana akan memberi keuntungan kepada rakyat? Yang tu mungkin menjadi satu persoalan. Projek yang bernilai 5 billion cukup banyak angka tu. Sekarang ni pun kakitangan kerajaan masih ramai yang merungut sebab tak dapat bonus. Entah dah berapa tahun dah. Tapi bila laksanakan projek berbillion-billion ni masih jugak ade sumber kewangan kan?

Adakah ni boleh dikatakan 'Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan"?

Sekadar pandangan aku. Yang aku rasakan, angka 5 billion tu sepatutnya dibelanjakan ke arah yang lebih sesuai jika dibandingkan dengan membina sebuah bangunan pencakar langit. Sedangkan negara kita telah pun memiliki banyak bangunan pencakar langit, seperti KL Tower, KLCC, Menara Taming Sari dan juga Menara Alor Setar. Adakah ini menjadi keperluan semasa?

14 comments:

Afizz said...

tu la pasal....buat apa la nak bina menara tinggi-tinggi...baik bagi duit tu kat rakyat je... tak yah la bina-bina menara ni...tanda2 nak kiamat bila manusia berlumba-lumba nak bina bangunan tinggi...

Aizat Shafiq said...

@afizz

betul tu...
angka 5 billion tu cukup besar...
rasanya elok diberikan ganjaran kepada rakyat dulu kan?...
=)

aYaz said...

ni namanya kawan setan...
sbb membazir wat bnd tah ade paedah ke tak...
kate nak kemiskinan sifar kat mesia ni,
tp makin nak mmbazir duet rakyat..
tak ke mana laa 0 kemiskinan ni,
sampai kiamat agaknya...

(kedapatan rasa geram kat situ..)

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

kalau guna duit poket sendiri xpe la jugak...dasar penghisap duit rakyat..

Anonymous said...

Thanks for the info

LadyBird said...

apa sebenanrnya tujuan menara itu dibina?
daripada membina menara tu.. baik "murnikan" lagi kehidpupan rakyat yang hidup segan mati x mahu ni..
dah berkurun2 keje sebagai pekerja sementara.. bile nak ambik kami2 ni sebagai pekerja tetap?

Aizat Shafiq said...

@ayaz

mungkin perlu didetailkan lagi mengenai pembinaan menara warisan ni...
sebab rakyat pun keliru akan tujuan sebenar pembinaan menara warisan ni kan?...

Aizat Shafiq said...

@ahmad tajudin abdullah

tu la pasal...
sepatutnya tujuan sebenar perlu ditekankan...
baru rakyat boleh menilai..
ni tak di terangkan pun...

Aizat Shafiq said...

@ladybird

betul tu...
kerajaan patut terangkan tujuan sebenar...
sekarang ni semua orang masih lagi tertanya-tanya akan tujuan pembinaan menara warisan ni...

aYaz said...

haha..
btul la tu,mmg kena xplain tujuan,
tp matlamat tak mghalalkan cara..
ape ke halnya nak wat menara tggi2?
nak bangga sbb mesia ade menara tggi camtu?
atau bgga sbb perabehkan duet smpai berbillion2?

Aizat Shafiq said...

@ayaz

betul tu...
tapi ape lah daya kita nak pertikaikan semua tu...
betul tak?

Anonymous said...

rasanya kita masih belum jelas dengan tujuan pembinaan bangunan itu. Walaubagaimanapun, janganlah kita ni cepat melenting x tentu pasal. Sama la mcm kes klcc dulu, tp skang nape senyap. Xde plak nk komplen!

Aizat Shafiq said...

@anonymous

mungkin betul...
tapi ape yang diharapkan adalah supaya penjelasan mengenai pembinaan ini di perjelaskan lagi...
kalau KLCC sekarang nak complain pun tak guna dah kot....
takkan nak roboh balik kan?

menara said...

http://menarawarisan.blogspot.com, the place where pros and cons flock together!