October 9, 2010

PMR mansuh, UPSR Kekal

Untung kan generasi sekarang. Tak payah nak pening-pening jawab PMR. 


SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.



"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya. 

10 comments:

aYaz said...

hmm...
ade2 je idea menteri2 ni ek?
harapnya pd masa akan datang,
institusi pelajaran malaysia semakin kukuh dan mantap.
jadi,anak2 generasi akan datang tak seperti generasi sekarang..
towards more +ves,hopefully.. :)

Ayie said...

ala.. dari dulu cakap nak mansuhkan. tapi xbuat2 jugak.. then sains dan matematik akan dtg.. akan dibuat semula dlm bm.. kan bangang namanya tu

Ezao' Edogawa said...

oh yeke? baru thu ni. thanks aizat!

Aizat Shafiq said...

@ayaz

tu la...
macam2..
budak zaman sekarang ni makin untung...
kalau dulu kite tertekan je nak jawab exam kan?...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@ayie

tu la...
kejap nak mansuh...kejap tak...
last2 mansuh jugak...
huhuhuhu

Aizat Shafiq said...

@Ezao' Edogawa

hehehe...
same2...
=)

Mz Nik said...

saya setuju pmr dimansuhkan, bkn ape kekadang bleh 8A 9A tp perangai cam hampeh, nk solat pon xreti tp agama islam bleh A,ermm kena bykkkan praktikal bukannya belajar u dpt A je

Aizat Shafiq said...

@Mz Nik

yang tu stuju...
sekarang ni orang belajar sebab nak pas exam je...
=)

aYaz said...

bagus jugak mansuh PMR...
lg 1,
budak ramai yg makin cerdik,
tp ade tu yg cerdik tak bertempat,
masalah jugak camtu..

Aizat Shafiq said...

@ayaz

tu la...
rmai sangat yang makin pandai...
kalau dulu...sekolah sbp tu hebat la...
tapi sekarang ni macam biase je kan?...
=)