October 2, 2010

Rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan semakin goyah?

Ape yang berlaku sebenarnnya diantara perkahwinan Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan? Kalau dulu memang kita tahu yang keluarga Aidil Zafuan tidak menerima perkahwinan mereka. Takkan sampai sekarang pun tak terima lagi kan? Diorang dah ade anak pun. Sepatutnya ape yang lepas tu dah lepas la. Dah jodoh diorang. Sekarang ni, di katakan pulak yang hubungan Rita dengan Aidil Zafuan ni semakin goyah.



Berikut adalah laporan Berita Harian

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan. 

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini. 

Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya. 

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya. 

“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi. 

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin. 

"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua. 


“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.

13 comments:

Zack Zaifull said...

kawin kontroversi, cerai pun kontroversi.... apa laa artis ni

tika said...

hurm,kalau da bermula dgn cara xbaik,mmg susah la nak pertahankan... sepatutnya dia yg kena byk mngalah sbb dia yg memulakan...

Aizat Shafiq said...

@Zack zaifull

tu la...
tapi harapnye jangan la sampai cerai...
bia berkekalan kan?!

Aizat Shafiq said...

@tika


pasal tu kena lah tanye tuan empunya diri...
tapi bila dah ade anak ni, patutnye lebih rasional la...
tapi memang life artis kahwin, cerai...
tak tau nak cakap ape dah...

LadyBird said...

huhuhu.. sbr je lah..

toyolkiut said...

o.ooo...
itu kisah depa dan keluarga mereka..
kisah kita pula macamana ye..

tika said...

hurm...sepatutnya bila da jd public figure,kena la tunjuk contoh yang baik...kesian kat si anak tu,

Aizat Shafiq said...

@ladybird

biase la...
kisah pasal artis ni dah selalu sangat dengar...
=)

Aizat Shafiq said...

@toyolkiut

kisah kita?...
biarlah rahsia...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@tika

tu la...
tapi semua tu memang dah jadi lumrah hidup artis...
dah biase sangat...
huhuhu

Firdaus Hypro said...

hmm..biasa la..kawen ngan artis mcm ni la jadinya..tak byk yg kekal..hanya segelintir sahaja pasangan artis yg kekal..

Aizat Shafiq said...

@firdau hypro

tu la...
mungkin dah jadi trend kot...
kahwin cerai ni...
aku pun hairan jugakkk....hmmmmm

ika..ohh...syafikah... said...

haish ,
kawin tanpa restu keluarga inila risikonya , berani buat berani tangggung la . haha