October 4, 2010

Survey untuk Pakej Broadband di Malaysia

Sekarang ni aku cukup hangin dengan Celcom Broadband. Ye la kan. Dah dekat sebulan jugak line Celcom Broadband ni tak cukup stabil. Asyik disconnected je. So, aku buat la survey sikit. Tentang pakej-pakej broadband yang disediakan kat Malaysia ni. Mane tahu, kot-kot aku boleh berubah angin ke Telco lain ke.

First Telco yang aku tengok adalah Maxis. Sekarang pakej paling rendah adalah RM 48. Tapi yang aku tak berapa nak setuju, bandwidth bulanan untuk harga RM 48 tu, sebab cuma 1.5Gb. Sikit sangat. Sedangkan monthly bandwidth yang aku guna tiap-tiap bulan 5Gb. Macam yang aku guna sekarang. Dengan harga RM 50 sebulan.


Kalau nak ambik monthly bandwidth 6Gb mahal pulak sampai RM 98 sebulan. Memang tak sesuai sangat la. Jadi aku tak pilih Maxis. Sebab agak mahal, jika dibandingkan dengan pakej aku sekarang ni.

Aku tengok balik pakej dari Celcom. Harga untuk pakej paling rendah same dengan Maxis, RM 48 sebulan. Tapi penggunaan bandwidth bulanan lebih rendah jika dibandingkan dengan Maxis. Berbeza sebanyak 500Mb. Banyak jugak tu. Jadi memang sekarang ni Celcom dah jadi makin mahal. Tak macam dulu. 


Aku tengok pakej dari Digi pulak. Untuk pakej paling rendah, Digi lebih kurang macam Maxis dengan Celcom. Tapi Digi tak menawarkan bandwidth sebulan 1Gb, paling rendah pun 3Gb. Tapi harga yang ditawarkan same dengan Telco lain. Jadi same je la.

Tapi Digi lebih murah kalu korang ambik pakej 10Gb. Sebab kalau korang ambik Pakej 10Gb cuma perlu bayar RM 108 sebulan. Sedangkan untuk Maxis korang bayar RM 98 untuk 6Gb. Celcom pulak RM 68 untuk 5Gb. JAdi kat situ Digi dah murah kalau dibandingkan dengan Telco lain.



Bila dipertimbangkan balik aku punya survey untuk ketiga-tiga Telco ni. Aku rasa aku akan stay dengan Pakej Celcom aku ni. Sebab aku ambik pakej ni time aku masih student. RM 50 untun bandwidth 5Gb sebulan. Pakej ni dah tak ade dah. Jadi kalau aku tolak pakej ni macam sangat-sangat rugi pulak. Jadi terpaksa lah aku bersabar dengan Celcom ni walaupun memang menyakitkan hati jugak lah dengan connection Celcom buat mase sekarang ni.

15 comments:

Nur Azila Ismail said...

celcom yg paling ok rasenye utk broadband.. tapi nak cari signal susah gak.kalo kt rumah zila certain tempat je ada . hee . nampak sgt duk kt luar bandar

Aizat Shafiq said...

@Nur Azila Ismail

betul tu...
tapi sekarang ni, Celcom dah mahal...
tak macam dulu...
=(

Kalamhati said...

betul tu..nak subscribe apa2 broadband aizat kena tgk tempat aizat tu..survey ngan jiran2 or kawan terdekat yg pkai broadband..mana yg paling ngetop speed nya..if celcom tak jalan kt tempat aizat..

u shud bandingkan DG ngan Maxis lak..seposen dari akak..=)

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

betul tu kak...
tapi dah lame dah subscribe dengan Celcom...dulu memang ok...
sekarang ni je makin teruk...

Ery Farieha said...

kadang2 tu murah tp x kena dgn tmpt kite plak kan?
hohoh


ehh wimax mane?
hahaha kat umah aku wimax superb!
tp kt kwsn bandar je la wimax ade :D

aYaz said...

kamu amik plan ape utk celcom?
aku guna youth plan,50/5GB/month..
erkk..
tp servis macam tak cantek arr..
dulu gne maxis,tp servis tak best,tu pasal tuka celcom..
huhuhu..

toyolkiut said...

broadband ni utk org bndar je ok la..tmpt yg ada connect 3g ke..lain dr tu pkai streamyx la..tp line pun kdang2 jem gak..

ijatnuar87 said...

nk guna celcom kn tgk tempat gak,kalu tempat tu byk pengguna celcom,mmg lembap la...biasanyer gitu la...

Aizat Shafiq said...

@Ery Farieha

tak jugak...
sebab sebelum ni memang laju sangat...
sekarang ni je...
tak tahu sebab ape...

WIMAX?
kat are KB ni masih tak meningkat naik sangat...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@ayaz

same la tu...
RM 50 untuk 50Gb..
dulu memang laju...
sekarang ni je...
macam lembap sket...
kalau ambik pakej lain macam takde yang same pulak...
rugi lagi ade...
better stay dengan pakej ni je...

Aizat Shafiq said...

@toyolkiut

mungkin jugak...sebab kalau luar bandar susah sikit nak dapat 3G...

Aizat Shafiq said...

@ijatnuar87

selalu orang ckap macam tu la...
mungkin sekarang ni dah makin ramai yang pakai celcom kot...
sebab tu jadi slow...
huhuhu

ytujygjgyj said...

jumlah bandwidth utk RM50 tuh dah tak dapat menampung pengguna. penguna ramai sangat. jadi semua berkongsi sikit2 dan akhirnya dapatlah kelajuan yang merangkak2 ataupun disconnected terus sebab pengguna dah ramai untuk bandwidth RM5o tuhh...
terpaksalah upgrade rm98...lalala

azli9 said...

aku pun macam ko juga, tapi sejak kebelakangan ni bapak aku nak tukar ke maxis. aku cakap jangan, aku nak terang pun payah kenapa kat orang tua ni..dah macam ko cakap pakej rm50 ni da takda lagila sayang nak tukar..

Yastro said...

Aku dh terminate celcom ssb slalu disc...dr tiap2 ari sakit ati baik aku tuka lain...
Skg aku guna P1...masaalahnya b/with selalu x cukup plak...huhuhu