November 10, 2010

AC Mizal buat laporan polis

Aku rasa semua masih ingat lagi kekecohan yang timbul pasal Gelang AC Mizal. Yela kan, bila ada sumber-sumber yang mengatakan pasal gelang itu betul atau tidak. Tipu ke tak? Dan aku sendiri pernah tulis pasal kesangsian aku tentang gelang ni. Jadi sekarang  ni kalau korang nak tahu AC Mizal dah pun buat laporan polis. Dan telah menamakan beberapa blog yang dikatakan mengancam bisnes nya. 

Sumber : SINI


Berikut adalah laporan daripada Harian Metro:

AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.

“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya

******************

Kes ni dah jadi makin panas. Sejauh mana kebenarannya. Kita tunggu je. Sebab sekarang ni semua berada dalam kesangsian. Sape yang betul sape yang tidak masih lagi tak tahu. Sebab tu, kita tunggu je ape keputusannya nanti.

6 comments:

molmolla said...

wowwwww!!! hangat hangat.. blog joe masuk kee?? hikhik

Aizat Shafiq said...

@molmolla

memang hangat...
pasal tu..aku tak taw la...
sebab list blog tu dihitamkan....
huhuhu

Nur Areefah said...

alaa kalau tak blurrkan list blog kan best...hot hot ehehe

nurfaiz shaidan said...

tapi, orang cakap mmg dia ni kaki tipu pun. gelang tu murah je, AC jual smpai ribu2.

Aizat Shafiq said...

@nur areefah

tu la pasal...
kalau tak boleh la tau blog mane kan...
huhuhuhu

Aizat Shafiq said...

@nurfaiz shaidan

tu la...
tak tau la betul ke tak...
yang penting AC kena la take note pasal benda ni..
kalau tak betul..tunjukkan bukti...
betul tak?