November 7, 2010

Antara sebab mengapa blogwalking aku terbantut

Bila mood nak berblogwalking datang, aku pun rajin la nak jenguk-jenguk blog orang lain. Macam biasa. Nak merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara blogger. Betul tak? Ade blogger baru, ade blogger lama. Ade blog baru, ade otai blog. Macam-macam lagi la. 



Tapi tengah-tengah blogwalking, niat aku nak berblogwalking terbantut. Sebab ape? 

Sebab blog yang aku jenguk tu kadang-kadang terlalu berat. Jadi pageload untuk satu-satu blog tu lambat. Bagi aku pengguna broadband ni memang merupakan masalah biase la. Sebab kelajuan broadband ni tak la setanding dengan Streamyx yang lagi stabil bila dah masuk blog yang berat, jadi memang nak load satu-satu blog tu lambat.

Antara sebab ape blog tu membantutkan niat aku nak berblogwalking :
  • Kadang-kadang blog tu dipenuhi oleh widget-widget yang dirasakan tak perlu. Terlalu fancy dan memang boleh menyebabkan blog anda berat. Jadi pageload pun lambat.
  • Lagu dalam blog. Ni menyebabkan aku tak suka nak melawat blog yang ada lagu. Sebab kadang-kadang mengganggu reader nak membaca isi kandungan blog.
  • Tulisan yang kaler-kaler terang sangat. 
  • Penggunaan bahasa yang kadang-kadang tu susah nak faham. Contoh macam bahasa SMS. Kalau SMS tu takpe la. Tapi dalam blog ni memang tak digalakkan.
Semua tu pendapat aku. Lain orang lain pendapat. Blog masing-masing mestilah mempunyai citarasa masing-masing betul tak? Jadi kat sini aku tak kutuk sape-sape. Cuma meluahkan ape yang aku rasa bila nak berblogwalking. Bila dah ade blog mesti korang nak ade pembaca, betul tak? Sebab tu kita kena tahu ape kehendak pembaca. Kalau baru bukak terus tutup tak syok la kan. Ape-ape pun, semua terpulang pada kepuasan tuan blog. Yang penting masing-masing ade kepuasan masing-masing. Betul tak?

6 comments:

Shahrulsite said...

Selalunya blog yg tiba2 kluar lagu blog org pompuan atau newbies...mmg annoying

Shahrulsite latest post:
Adakah Smartphone Anda Selamat Dari Virus

aYaz said...

err..
1st reason bg aku takde mood utk BW adalah problem BB..
warghh...
stress sungguh ar kalo dtg angin problem BB ni...

Ery Farieha said...

lama x masuk blog aku?

hahahahahaa

Aizat Shafiq said...

@shahrulsite

tu la...
mungkin diorang tak tahu lagi kot...
kena blajar lagi...
hehehehe

Aizat Shafiq said...

@ayaz


betul jugak tu...
kadang-kadang Broadband pun main peranan jugak...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

masuk je...
tapi takde entry baru pun...
hehehehe