November 10, 2010

Bila la agaknya dapat income macam Redmummy.com yer

Seronok betul aku tengok blog Redmummy hari ni. Income kak Red untuk bulan September hari tu je dah cecah RM 7k. Perghh. Banyak tu. Hari tu bro Eyriqazz pun dah cecah RM 1k. Tak termasuk blogger Cik Epal pun dah dapat RM 1k. Best kan tengok income diorang. Tapi berapa lama masa yang diorang ambik untuk capai income macam tu?



Kalau ikut kenyataan Kak Red., lepas 2 tahun berblogging baru la dia mula dapat income. Aku pernah jugak interview kak red kat twitter.Hehehe. Dia dah start blogging tahun 2005 kalau tak silap aku. 5 tahun dulu. Sekarang baru hasilnya macam tu. Aku start blogging pun tahun 2008. Baru 2 tahun dalam bidang blogging. Dan baru tahun ni jugak aku mula aktif. Jadi tak boleh la nak bandingkan pencapaian kak red dengan blog picisan aku ni kan.
Boleh tengok kat sini kalau nak tahu tips to get earning from blog

Seronok bila dapat income macam tu kan. Macam da boleh jadi gaji bulan-bulan. Tu la namanye rezeki orang. Kalau tak usaha macam mane nak dapat income macam tu. Selalu kita mesti cakap macam ni kan

"senang la, sebab dia dah terkenal, traffic ribu-ribu"

Tapi pernah tak kita fikir perjalanan sebelum dia dapat traffic macam tu? Takkan ade je blog terus dapat macam tu. Betul tak? Aku ingat lagi time mula-mula aku berblog. Aku tak tau pun ape tu Nuffnang. Aku join Nuffnang pun lepas setahun aku berblog. Tahun lepas. Memang sebelum ni aku tak kenal pun Nuffnang. Tapi lepas bila aku dah jumpa blog-blog orang lain baru la aku tahu ape tu Nuffnang.

Ape-ape pun. Thanks to Nuffnang. Walaupun pendapatan aku dengan Nuffnang tak la mencapai sampai ribu-ribu tapi tetap jugak ade income dari Nuffnang. Kira pendapatan sampingan la. Yang penting kena bersabar. Tingkatkan kualiti blog. Baru la rezeki tu datang dengan sendirinya. Aku pun masih belajar lagi, banyak lagi godek-godek rahsia dekat blogger-blogger otai. Nak tahu ape tips-tips berguna yang boleh digunakan supaya aku boleh apply kat blog aku. 

Last word,

enjoy blogging guys ;)

23 comments:

kyle said...

huhuhu, syok giler tgk income rm7k, aku nyer sebulan nk sampai tiga angka pon kene tgk nasib....huhuhuu....jom berusaha bro! satu hari nanti mesti kite leh gak :)

BeaN MorENo said...

boleh bro...plan2 kayuh...

MuJE said...

berakit-rakit dahulu...
...
...
bersenang-senang kemudian..

malas nak taip full. Yeah! inilah yang dinamakan motivasi...hehe

Wan Gerrard said...

Gerrard rasa anda akan jadi orang yang terkenal kelak ^_^v
jgn risau.hehehe

RMA said...

nanti 3 tahun lagi nak tgk bro dpt berapa income.. hehe :P

Aizat Shafiq said...

@kyle

tu la pasal...
jadikan sebagai pemangkin kejayaan di masa akan datang...
hehehehe

Aizat Shafiq said...

@bean moreno

thanks bro...
memang kena bersusah payah dulu...
baru dapat jadi macam kak red kan?...
hehehehe

Aizat Shafiq said...

@muje

aku setuju...
jadikan sebagai cabaran...
hehehe...

Aizat Shafiq said...

@wan gerrard

terkenal?...
ish..tak nak la...
biase2 sudah...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@RMA

hahahaha...
insyaallah...mane tau kan...
=p

Amirsyah said...

peerrhhh... 7ribu? gile kaye.. keje kerajaan pun tak dapat sbyk tu.. hehe

aku pun skrg tgh tggu income ptama aku dr nuff.. tgh usaha tmbah trafik.. klo sudi, tolong2 la jgk.. hehe.. tringin gak nk marasa mcm org lain rase.. ecece..

Freaky Firdaus said...

mantap masyuk gler..gaji seorang doktor tu..

Aizat Shafiq said...

@amirsyah

tu la pasal...rezeki orang la katekan...=)

hehehe....

Aizat Shafiq said...

@freaky firdaus

memang sangat2 masyuk..
tapi berapa lama nak dapat pencapaian macam tu kan?...
=)

green_gunners said...

huhu...xtawu nak kata..
tapi kalau ader rezeki,xkemana..hihi..
mcm ak nie,da la dlu ader blog,last2 tgl,bz pnye pasal,trus lupa..
skunk bwu terhegeh2 nak buat blik..hhuu

conbellydiobeterisme said...

kata orang ,sikit2 lama2 jadi everest ,aku pon nak gak income camtu ,tapi rasa cam tak nak terburu2 sgt ,menulis blog demi apa yang kita suka ..ada rezeki alhamdulillah :)

Nur said...

byk giler...x pe eh..usaha lagik..kalo x mula dari bawah x kan nak mle dari atas an..

Sharinginfoz said...

memang seronok dapat income banyak tapi kalau tak dapat, tengok Skyline Nuffnang Premiere Screening jadilah

Aizat Shafiq said...

@greenguners

tu la pasal...
nak maintain tu susah jugak kan...
tapi kalau nak buat semua boleh jadi...
betul tak?

Aizat Shafiq said...

@conbellydiobeterisme

tu la...
jadikan minat untuk berblogging..
bukna berblogging sebab duit kan...
the money will come later....
=)

Aizat Shafiq said...

@nur

betul tu...
yang penting kena usaha kan...
kalau tunggu je tak buat pape macam mane nak dapat...
betul tak?..=)

Aizat Shafiq said...

@sharinginfoz

betul tu...
tak dapat income tinggi pun dapat benefit lain pun ok jugakkan?...
hehehehe

Anonymous said...

Blogging untuk income x mustahil. Kena kerja keras. Slow2 xper tapi jangan malas update blog selalu. Dari pengalaman aku at least satu pos sehari. SEO optimized dan backlinks paling penting.