November 21, 2010

Entry terakhir sebelum aku menamatkan zaman bujang?

Entry terakhir kot sebelum aku menamatkan zaman bujang ku. Haaaaaaa. Takde la. Ni entry terakhir untuk minggu ni dari Kota Bharu. Sebab esok dah nak berangkat ke Kuala Terengganu. Nanti tiap-tiap hari live from Terengganu la ye. Hehehehe. 


Baru siap pack barang. Walaupun pada hakikatnya aku tahu yang aku masih lagi tak kemas habis. Sebab tengah pening nak bawak ape. Maklum la, lepas ni dah jadi pemastautin tetap kat Kuala Terengganu. Hehehe. Jadi bloggers yang dekat Kuala Terengganu tu, hello-hello la ye. Mane tau kalau kita boleh jumpa-jumpa. Tu pun kalau aku punya Ferrari yang ditempah dah sampai la kan. =p

Tengah-tengah kemas tadi, tiba-tiba

Hahaha. Mesti cuak kan? Tadi aku jumpa gambar la. Gambar lama. Time zaman aku sekolah lagi. Jom tengok.


Ni gambar team rugby aku dulu. Memang tak sangka betul. Aku yang kering macam ni main rugby kan? Agak-agak korang cam tak aku yang mana satu? Kalau tak silap aku, ni gambar tahun 2006 kot. Kalau tak silap. Aku pun dah lupa. Dalam gambar ni, sorang member aku dah takde. Yang no. 4 berdiri dari kanan. Hafifi. Aku rasa kalau korang kat UIA pernah jumpa kot dia ni. Sebab dia meninggal lemas dekat swimming pool UIA.

Al-fatihah buat arwah.

Esok dah nak berangkat. Sekarang ni aku masih lagi fikir nak masukkan ape dalam beg. Nak bawak ke gitar tu ye? Hmmmm..Tengah fikir lagi ni. Pening-pening. Kalau boleh angkut dengan bilik-bilik ni kan senang. Hehehehe.

17 comments:

Mohamad Izwan said...

hafifi tu member ko eh.. aku slalu nampak dia.. satu group study circle mase kitorang 1st year 1st sem..takde lah rapat sgt cuma kenal la sebb satu batch..

Aizat Shafiq said...

@mohamad izwan

a'a...
member aku time satu skolah menengah dulu...

Ery Farieha said...

nak kerja dah?

yeehaaa!

ko ragbi? wowwww! =P

ardinihumaira said...

Al-Fatihah buat Allahyarham Hafifi...

Kalamhati said...

oh ye ke?masa akak dulu pun ada yg lemas..huhu

al-fatihah utk arwah..=(

~CiK TiNieY~ said...

oh arwah 2 ke yg meninggal lemas dlm swimming pool?

al fatihah...

sumpit said...

tahniah la dah nak kawin yer...best kawin ni... lagi best bila dah ada anak nnt... salam perkenalan... ko kena baca n3 terbaru aku ni... untuk persiapan kelak

Nur Misnan said...

salam.. good luck n enjoyed ur KANU KITA..

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

a'a...esok dah masuk dah...

kenapa?
tak percaya?!!...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@ardinihumaira

alfatihah....

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

a'a...
lemas...

al-fatihah...

Aizat Shafiq said...

@cik tiniey

a'a...

alfatihah...

Aizat Shafiq said...

@sumpit

hahahahaha...mane ade bro...
lambat lagi nak kawennye...

haishhhh....=p

Aizat Shafiq said...

@nur misnan

hehehehe...
thanks..
=)

Siti said...

ape citer ni nak pindah kat tganu?? adoii dah lame tak bukak blog rase macam baru keluar dari gua je. ahaha.

papepun gudluck ok? =)

Aizat Shafiq said...

@siti

dah keje dah cik siti...
tamat dah zaman menganggur...=)

aiai said...

time hroom dlu arwah slalu je kaco aini..miss him a lot..

al-fatihah