November 9, 2010

Evolusi 10 tahun handphone dalam hidup aku

Kali ni nak cerita pasal handphone la pulak. Sape yang tak pakai phone? Cuba angkat tangan. Aku rasa sekarang ni semua orang mesti ade handphone. Sebab zaman sekarang ni handphone memang jadi satu keperluan. Betul tak? Kalau takde handphone mesti macam tak lengkap hidup ni kan. So, kali ni aku nak cerita sikit pasal evolution handphone aku. Yang aku pakai sejak tahu 2001 sampai la 2010. Dah dekat 10 tahun kot.

Ericsson T18



Handphone pertama aku. Ni pun hadiah. Sebab time tu aku dapat masuk MRSM. So, parents aku hadiahkan phone ni kat aku. Simple je. Kalau dulu ade function call ke, sms ke, dah kira hebat la. Time ni jugak, harga sim card bukan RM8 macam sekarang. Time tu sim card je dah RM 100. Perghh. Memang mahal.

Nokia 3310

Lepas tu bertukar pada Nokia 3310. Sebab time tu memang Nokia 3310 ni top sale la time tu. Sape-sape yang pakai 3310 ni memang up to date la. Tambah pulak makin kecik. Features pulak siap ade game snake dalam tu. Macam-macam lagi la. Sebab tu, ramai yang pakai 3310 ni. Aku pun sempat jugak pakai. Berape tahun pun aku tak ingat dah.

Nokia N-gage QD

Lepas zaman tu, aku bertukar pulak pada N-Gage QD. Berubah pada satu lagi evolution handphone. Time tu orang semua gilakan N-Gage. Ye la kan. Sebelum keluar PSP. N-gage ni yang paling best. Sebab boleh main game. Sape-sape je nak mesti nak pakai N-Gage ni.

Motorola V3


Aku memang suka handphone lipat-lipat dari first phone lagi. Tapi macam biasa la, bila pakai handphone lipat ni cerewet sikit. Aku pakai Motorola V3 ni pun tak lame jugak. Sebab handphone ni terjatuh, skrin dulu pulak tu. Total lost la. Nak repair skrin same macam beli phone baru. Baik tak payah la kan. Sebab tu aku pakai phone ni kejap je.

Sony Ericsson K800i


Phone yang aku masih pakai sampai sekarang. Sony Ericcson K800i. Dah dua tahun aku pakai phone ni. Memang phone ni tahan lasak. Banyak kali jugak jatuh tapi tetap maintain je. Phone ni memang aku fully utilise. Sebab guna betul-betul. Cuma sekarang ni phone nak tak ade lagi teknologi terbaru macam Wifi ke, GPS ke. 

Sebab tu ,mungkin aku akan bertukar pada yang lain, Blackberry? takpun iPhone ke? Pasal tu tunggu  dulu kot. Tak letakkan budget lagi. Sebab sekarang ni aku tengah kumpul duit untuk beli benda ni dulu. Hehehe.

Korang pulak macam mane? Berapa banyak phone yang korang pakai dalam masa 10 tahun ni?






1 comment:

molmolla said...

hikhikhik! ttbe teringat blog aku sama dengan azwan! ;D