November 2, 2010

Harga Minyak RON 97 naik sebanyak 5 sen mulai hari ini

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.


Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.





Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.



Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.



Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adalah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.



Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.


MALAYSIAKINI

p/s : Kalau RON 97 naik, tak mustahil yang RON 95 pun akan naik dalam masa terdekat. Akur rasa pengurangan subsidi oleh kerajaan ni adakah disebabkan belanja kerajaan yang terlalu boros? Fikir-fikir kan. 

6 comments:

Kalamhati said...

huhu jangan la naik lagi..=(

aYaz said...

hah,
buat la menara tinggi2 lagi..
tu kan sgt membantu rakyat..


:p

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

mesti naiknye kak...
kalau turun tu yang takkan turun...
=(

Aizat Shafiq said...

@ayaz

betul2...
membantu sangat2...
bantu dari segi mane tah?...
memiskinkan rakyat kot...

Syafrizal said...

buat lagi menara tinggi sampai cecah langit
pastu takde duit naikkan harga minyak, barang, letak cukai kat tempat tak seberapa..
luluskan judi dan sebagainya..
tunggulah bala Allah

Aizat Shafiq said...

@syafrizal

tu la...
selalunya Allah tak turunkan bala hanya kepada mereka tertentu sahaja...
jadi sama-sama la kita doakan agar terbuka hati mereka memikirkan semua ni...