November 20, 2010

Jenis lelaki ini | Korang bagi pendapat sikit

Hari ni seharian aku tak mengadap blog. Lepas pagi tadi, ni baru aku mengadap balik blog aku. Sebab tadi banyak benda nak kena settle. Sekarang ni tinggal nak pack barang je. Sebab esok aku nak ke Terengganu dah. Malam ni macam kebiasaan, hujan. Macam malam semalam. Hari yang panas siang hari tadi. Jadi sejuk.


Kisah bermula macam ni,


Tengah hari tadi, aku pergi la gunting rambut. Kebetulan time tu aku pergi dengan family aku. Sebab adik aku kena pergi klinik. So, gunting la rambut kat sebelah klinik tu. Bukan saloon pun. Kedai gunting biase je. Yang gunting kat situ pulak sorang pak cik. Yang memang terkenal jugak kalau kedai gunting rambut ni. Sebab dia ade 2,3 kedai jugak dekat area-area KB ni.

Masuk je kedai tu, macam biasa la. Gunting-gunting rambut. Dekat-dekat nak habis rambut aku digunting baru la aku berborak dengan pak cik tu. Banyak jugak la. Macam dialog kat bawah ni.

A - Aku
P - Pak Cik 

P - Dah keje ke?
A - Dah. Kat Terengganu.
P - Tengah bercuti makan angin ke?
A - Eh. Tak la. Cuti raya haji. 
P - Ooo. Datang sekali dengan family tu tadi ye?
A - A'a. Sekali ngan ayah tadi. Yang gunting rambut tadi tu.
P - Ye ke. Ni umur mesti dalam 22 tahun kan?
A - (Dalam hati aku, perghh...memang pak cik ni terer teka umur aku) A'a.
P - Mesti budak baik kan.
A - (Budak baik?) Kenape pulak pak cik?
P - Ye la. Umur 20'an still jalan ngan family. Rokok pun tak.
A - (Aku dah start hairan, cmne pak cik tu boleh tahu aku ni tak hisap rokok?). Baik macam mane la pulak      tu?
P - Ye la kan. Kalau budak umur 20'an yang lain memang tak jalan dah dengan family. Dok melepak merata-rata.


Ok. Aku tak nak cerita panjang. Tapi tu la antara dialog aku dengan pak cik tu. Maybe sebab dia dah lama berhadapan dengan orang ramai. Sebab tu dia boleh teka umur aku dengan aku ni memang tak merokok. Mungkin tapi yang agak konfius, sebab ape pak cik tu cakap kalau aku jalan dengan family ni budak baik? Sebab memang lelaki berumur  20'an memang selalu keluar merayau ek? Tak suka nak jalan-jalan dengan family?

Tu yang aku musykil. Tapi borak-borak dengan pak cik tadi tu memang best. Biasa la kan. Orang banyak pengalaman. Aku pun baru first time gunting rambut dengan dia. Tapi kalau dekat staff-staff dia tu pernah la. Kali ni gunting dengan tokey sendiri. 

Back to the story, kalau budak lelaki yang baik dengan family ni memang susah nak jumpa ke? Komen sikit. Nak tahu jugak pendapat korang.


* Gambar tu macam takde kaitan pulak kan?
**Entry ni panjang sikit. Harap korang  boleh bagi pendapat ye.

18 comments:

Shuff Samsuddin said...

SUSAH SANGAT, contohi lah tuan BELOG INI (!)


:D

Vintage Rose said...

ye la kot..yg nk jln2 ngn fmly tu mmg 1 dlm sejuta, yg x merokok lg ar..

Ery Farieha said...

betul lah.
ko memang budak baik pun.
=)

~CiK TiNieY~ said...

mungkin jugak betul telahan pakcik 2...lgpn dia org lama...adk2 laki sy sndr pn ssh nk jln ngn fmly...klu jln pun,mgkn time raya atau cuti lain...tu pn klu ziarah umah sedara...apa2 pun peranan ibu bapa 2 plg pntg...bagaimana komunikasi dgn ank2,ok@x...fmly sy agk x ok dr segi komunikasi...sy sndr pn lebih rapat dgn kwn2 dr adk brdk sndr....huhu

teruskan sikap bersama family!'eid adha...;)

Aizat Shafiq said...

@shuff samsudin

hahahahaha...
ehemmm...takde hadiah tau...
=p

Aizat Shafiq said...

@vintage rose

ye ke?...
hehehehe...kalau Malaysia penduduk ade 25 juta...
ni bermakne ade 25 orang lelaki je yang jalan dengan family...
hehehehehe....

gurau2~

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

aku baik?...
hahahaha...aku ganas tau...=p

Aizat Shafiq said...

@cik tiniey

selamat hari raya aidiladha jugak...
maybe kot...
tak tau la...
sebab kebiasaannye tak pernah lagi diberitahu macam tu...
first time ni...
=)

~fiM-uNdefiNed~ said...

susah nak tengok dak laki sekarang jalan dengan family tambah2 lagi..tak hisap rokok..susah..

Aizat Shafiq said...

@fim undefined

ade lagi...dan masih ramai...
tak jumpe je kot...
hehehehe

Balqees Amanda said...

hmm..mungkin anak2 lelaki dia isap rokok & dah jarang dah jalan2 dengan dia..sebab tu la dia terharu tengok kamu jalan2 dengan abah kamu..

Aizat Shafiq said...

@balqees amanda

yang tu tak tau la...
maybe jugak kot....
=)

ardinihumaira said...

dni... memang jalan2 nagn family. heee laki susah sket kot

ijatnuar87 said...

yup...skrang mmg term baik tu merujuk kpd bdk yg xisap rokok,& kekadang bdk2 xisap rokok yg lepak2 dgn kwn2 yg isap rokok akan dicop xbaik,macam aq,huhuhu...dah nk wat cmner,kwn2 aq merokok,asp diorg lekat kat bju aq,xbermakna aq isap rokok,huhuhu...

zati said...

sependapat dengan pankcik tu, laki umo 20'an nie mane nak jalan lagi da dengan family, bukan nak kater 20'an, yang umo 15 ke atas (lelaki) tu pon susah sangat nak jalan dengan family, tu baru sebut jalan dengan family, kalau merokok????? agak PAYAHHHHH nak jumpe

*erkk agak tak panjang laks ak komen hihik*

Aizat Shafiq said...

@ardinihumaira

hehehe...ye ke?...
kalau saye pulak?..=p

Aizat Shafiq said...

@ijatnuar87

tu la pasal...
kadang-kadang tu kita yang tak merokok pun boleh kena tuduh merokok kan?...
hmmm...

Aizat Shafiq said...

@zati

hahaha...takpe komen panjang2..=)

ye ke?...
rasenye ade lagi kot yang tak merokok...
kena cari dulu...
hehehe