November 3, 2010

Kenapa karier guru selalu menjadi pilihan terakhir?

Hari tu masa balik dari Kuala Lumpur aku terserempak dengan kawan aku dekat R & R Gua Musang. Maklum je la, rakyat Kelantan ni cukup bersemangat bila bercakap pasal bola sepak. Aku terserempak dengan dia pun sebab dia baru pulang dari menyaksikan perlawanan bola sepak Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Berikut antara perbualan aku dengan dia :
Aku = A
Kawan = K

A: Buat ape sekarang?
K: Dah habis belajar dah.
A: Ambik course ape?
K: Ambik course mekanikal.
A: Nak keje ke nanti?
K: Tak kot. Ingat nak sambung kat UPSI. Jadi Cikgu.

Macam tu la lebih kurang perbualan aku dengan member aku tu. Sekarang ni asal habis belajar je ramai yang nak jadi cikgu. Sebab ape? Sebab Cikgu senang dapat kerja ke? Kalau tengok pada course yang dia ambik, Mekanikal aku rasa lagi elok kalau di manfaatkan dalam bidang industri. Betul tak?


Sebab ape aku berpandangan macam tu? Sebab aku rasa cikgu sekarang ni dah ramai. Ramai sangat yang nak jadi cikgu. Kalau ikutkan keperluan negara kita sekarang ni, kita amat memerlukan mereka-mereka di bahagian teknikal. Jadi kalau semua nak jadi cikgu, macam mane pulak bidang industri negara kita?


Aku bukan nak halang orang melaksanakan cita-cita diorang. Tapi kalau kita dah ada kelulusan dalam bidang teknikal, ape salahnye kalau kita gunakan kemahiran kita dalam bidang yang kita ambik. Sepatutnya dari awal lagi kita dah tentukan ke mana arah tuju kita mahupun target kita dimasa akan datang kelak. Tak kan bila kita dah habis, je senang-senang nak jadi cikgu. Tak best la kan. Tak adeventure. Sekarang ni kalau tengok dalam jobstreet pun banyak jugak kerja-kerja kosong dalam bidang teknikal kan? Cuma tak ramai yang nak apply je.

Korang setuju tak dengan pendapat aku ni? 

12 comments:

SyAmSuL AnUaR said...

keje guru adlh mulia.. dpt mendidik utk mase dpn..


PeRaNg DuNiA

Hasrol Nizam said...

aku pun pelik. tapi rata2 yang pilih ni sebab tak dapat kerja dalam bidang yg dia amek masa belajar. or dia rasa bidang yg dia belajar tu susah nanti bila dah kerja.

err. mcm la kerja cikgu tu senang.. :d

Amirsyah said...

mungkin die minat nak jadi cikgu tu.. tp yg pntg smua bidang ke ad org kite.. baru agama kite ni nmpk hebat.. tak gitu tuan blog?

airazulaikha said...

ehem3..sebagai seorang yg sedang meniti perjalan utk menjadi seorang cikgu.insya-Allah..
Aira nak kata..
utk pengetahuan, nak jadi cikgu bukan perkara yg senang ya..
tlg jgn memandang enteng pada kerjaya seorang guru.
kerjaya seorang guru adalah sgt mencabar pada masa marcapada globalisasi ini.
sungguh bilangan guru masih belum cukup utk menapung sekolah2 yg baharu. kata TPM di kampus sy baru2 ini.
sekadar memberi pandangan.
minta maaf jika tergarit hati :)

missbby said...

semua orang ingat kerja cikgu mudah..hakikatnya kerja cikgu mencabar dan penuh pengorbanan..yang penting perlu disertai keikhlasan bukan semata2 alasan senang nak dapat kerja..kan?

Aizat Shafiq said...

@syamsul anuar

tersangat mulia...
tanpa guru...siapalah kita...
betul tak?...

Aizat Shafiq said...

@hasrol nizam

tu la...
ramai yang beranggapan macam tu...
aku rasa, kalau bukak dalam jobstreet tu..banyak sangat kerja kosong...
cuma sekarang ni kita kena lebih tonjolkan diri...baru senang dapat kerja...
=)

Aizat Shafiq said...

@amirsyah

mungkin minat die jugak...
tapi kalau rase nak jadi cikgu...asal tak dari awal...kan memang sekarang boleh ambik ijazah dalam perguruan...
sangat setuju...
yang penting kita tonjolkan agama kita...tak kira dalam ape-ape bidang sekalipun..

Aizat Shafiq said...

@airazulaikha

bukan memandang enteng kepada kerjaya sebagai seorang guru...
cuma memberi pendapat disini...sebab ape ramai yang nak jadi cikgu?..sedangkan pada awalnya diorang ni ambik kelulusan lain...bila dah tak dapat kerja, baru la nak ambik bidang perguruan...sedangkan diorang ni dah ade kelulusan bidang lain...ape salahnye kalau diteruskan dengan kerjaya yang menggunakan kelulusan yang diorang dapat?
lagipun, sekarang ni bidang lain pun masih diperlukan...
takkan cikgu dijadikan pilihan terakhir diorang sebab tak dapat kerja?
betul tak?

=)

Aizat Shafiq said...

@missbby

betul tu...
kerjaya sebagai guru ni satu kerjaya yang mulia...
tak patut kalau pandang kerjaya cikgu sebagai kerjaya yang mudah...
=)

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

betullah ape yg kamu kate...masalahnya skang knape ramai sangat asik nak jadi cikgu je..i mean dari bidang lain tetibe alihterjun ke bidang cikgu sedangkan mereka tak minat pon kerjaya guru ni..better bagi student2 yg memang kos pendidikan je la jadi cikgu,... tanpa kesabaran dan minat maka saya takut org yg tukar bidang dari mekanikal ke guru tu hanya akan merosakkan anak didik....heheh..sekadar pandangan... (kerja guru sgt mencabar skang)

Sya Isya said...

kerjaya sebagai cikgu kini memang menjadi pilihan ramai. ada juga yang dah bosan dengan bidang yang diambil, tu yang nak tukar bidang tu. tapi jadi cikgu pada zaman sekarang ni, bukanlah mudah sebenarnya. silap2 hari bulan, kereta kena calar, tayar kena pancit.