November 1, 2010

Kisah pasal senyuman

Baru-baru ni aku telah pun ke sekolah lama aku, MRSM Kuala Lipis. Tujuan utama ke situ sebab aku nak ambik sijil PMR. Ye la kan. Dari habis PMR sampai la sekarang. Aku tak ade lagi sijil PMR. SPM pun. Sebab tak pernah nak ambik kat sekolah lame. Jadi aku pakai je slip SPM. Tu je la yang jadi bukti untuk aku pergi interview kat mana-mana.

Kebetulan, hari masa perjalanan aku ke Kuala Lumpur hari tu, aku singgah la kejap kat MRSM Kuala Lipis. Dengan niat nak la ambik sijil PMR aku kat situ. Memang aku datang secara mengejut. Call pun tak. Tau-tau je dah sampai kat situ. Sebab nak ambik sijil. Jadi aku memang tak letak harapan tinggi la nak dapat sebab pergi situ pun kira macam gamble jugak la. Kalau ade, ade. Kalau takde, nak buat macam mane kan?. Tak ambik lagi la kot.

Lepas sampai kat situ, aku macam biasa la. Register kat Guard ape semuanya. Baru pergi ofis. Sampai je kat ofis. Ade la dua orang staff ni. Aku tak tahu la cikgu atau staff. Sebab time aku belajar kat situ dulu memang diorang takde. Sebab aku ni merupakan batch pertama kat MRSM tu. Jadi memang tak kenal la siapa diorang ni dan aku yakin yang diorang ni pekerja baru.

Masuk je dalam ofis tu, aku bagi salam. Siap senyum-senyum lagi. Tapi dua orang yang duduk dekat counter pertanyaan tu (perempuan) pandang aku semacam. Aku bagitau la kat diorang ni yang aku nak ambil sijil PMR. Aku cakap elok-elok takde la sampai nak tengking-tengking. Tapi yang dua orang ni cakap macam aku ni bukan sape-sape. Cakap sampai tak pandang orang pun. Pastu berlagak. Aku pun hairan jugak. Takkan la kerja dekat front desk muka kena sombong ke? Macam tu? Sebab aku pakai baju biasa tak ade coat diorang cakap macam tu?


Time tu memang aku bengang. Ye la. Kalau boleh senyum la sikit. Tak pun cakap elok-elok. Ni tak. Macam nak marah-marah. Kalau ikut kan hati nak je aku sound kat situ. Tapi takde la aku sampai macam tu sekali. Sebab aku ni diorang tak kenal, sebab tu diorang nak berlagak? Kalau macam tu, baik tak payah kerja kat front desk. Buat malu je. Baik kerja jage store. Aku rasa lagi sesuai. 

9 comments:

aYaz said...

err...??
kamu ni junior aku!
MRSM KL thn bila?
aku batch ke2,03/04...
wahahahaha...
jejak kasih la plak..

Oppss...
terbabas sude,
sape dia yg jaga kaunter tu?
agak2 nak lempang laju2 org tu bleh tak?

har har har..

norhidayu said...

ko dpt tak amik sijil tu hari tu?
adik aku ada lagi sekolah kat sana..tapi segan lah aku nak suruh dia amik..takut sijil tu dah tak wujud..
hehe

luvly mya said...

kene bagi dengar lagu senyum nie. Hehe

molmolla said...

ngeh ngeh ngeh!!! kau senyumlah kat azwan! pasti die senyum kat kau balik.. owh owh! :D


HAHAHAHAHAAHAHAHA~

Aizat Shafiq said...

@ayaz

ye ke?...
first batch...time 02/05..
maknenye time tu form 4 la ek?...
tak perasan kot...
sebab kan time tu batch kitorang paling ramai..dekat 300 orang...
=)

Aizat Shafiq said...

@norhidayu

tak pun...
biar je la...
dah malas nak ambik...
aku pun tak tahu la bila pulak aku nak gi situ...
=)

Aizat Shafiq said...

@molmolla

hahahaha...
dia lain la...
ko ni,
asyik azwan je ni...=p

Aizat Shafiq said...

@luvly mya

tu la pasal...
tak pun bagi tengok iklan senyum tu...
hehehehe

aYaz said...

yezza,
masa masuk maktab tu,thn 2003,
means kitorang f4..
emm...ni nak kena tgk gambar ko kat majalah maktab,mst ada laa..

eh,eh..
tercerita jejak kasih la plak..
hehehe..

(nnt boleh buat entri jejak kasih junior-senior maktab kita.. :p )