November 6, 2010

Lembu oh lembu !


Kurang dua minggu kita akan sambut Hari Raya Aidiladha. Jadi, kat mana-mana pun ade orang bela lembu nak buat korban. Boleh kata bila perayaan sambutan Hari Raya Aidiladha ni, kat Kota Bharu memang cukup meriah. Walaupun seminggu lebih lagi nak sambut raya, tapi dah banyak kelihatan lembu-lembu di padang ragut. Sebagai persediaan nak sambut raya korban.


Sebab ape aku cerita pasal lembu malam ni?

Sebab sekarang ni, aku cukup tak berpuas hati dengan jiran sebelah aku. Terus-terang aku cakap, tu tanah dia. Jadi hak dia la nak buat ape kat tanah tu. Yang menjadi masalah kat aku, dia buat kandang lembu kat situ. Memang betul-betul dekat dengan kawasan rumah aku. Perghh. Baru lebih kuran seminggu lebih kandang tu siap. Dalam 3,4 hari ni, dia dah bawak masuk pun lembu kat kandang tu.

Kalau ikutkan perkiraan aku, tak sampai 50 meter pun kadang tu dari rumah aku. Dan bilik tempat aku menaip entry ni sekarang merupakan bahagian rumah aku yang paling dekat dengan kandang lembu tu. Bila dah paling dekat tu, korang faham-faham je la. Malas nak serita banyak. Kitorang complain sebelum dia buat kandang tu lagi. Tapi buat dek je. 

Yang tak puas hati tu, tuan lembu tak duduk kat situ. Duduk kat rumah lain. Tapi sebab tanah tu, tanah dia. Jadi suka hati dia la nak buat ape. Last-last jiran setempat yang dapat padah. Panas jugak ni. Tak tahan dengan bau semerbak. Kalau tiap-tiap hari tuan lembu datang mandikan lembu tu takpe jugak. Hmmmm.


7 comments:

alien said...

ko sound tuan dia suh sembur E.M kat najis lembu tu la..
campur E.M tu skali kat air minum ngn rumpur lembu tu..

kalau dia tanak guna E.M, suh dia guna stardek kasi tabur kat najis.. starbio plak campur kat makanan..

tujuan kasi bau kurang semerbak

Emilia Emira said...

lembu daa mule pening-pening lalat daa sume skrg neh..agaga~

Kalamhati said...

Hmm payah kalau jenis jiran yg macam tu..asik jual ikan (selfish) je..

hak jiran kita kena jaga sebab yg ni la ramai yg tak lepas kat akhirat nnt..bila kita sakiti hati jiran..bila kita ceroboh dan abaikan hak jiran tetangga..

tho dia tak duduk situ tp dia kena consider org yang mendiami sebelah umah dia iaiitu keluarga aizat..bukan wangi bau taik lembu tu..huhu sian family aizat..sabar ye

pengorbanan gak tu..sebelum dtgnya raya korban..ujian dr Allah..=)

Aizat Shafiq said...

@alien

E.M?...
ape tu?...
hehehehe...

Aizat Shafiq said...

@emilia emira

rasenye tuan lembu pun dah pening-pening lalat...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

tengah bersabar kak...
nak buat macam mane...sound pun tak dengar jugak...
sebab dah tanah dia...
hmmm...

alien said...

effective microb, ia sejenis mikrob yg dicipta dari hasil lab oleh org jepun bagi mengatasi masalah pencernaan/bau di ladang...
hohoho