November 5, 2010

Pendapat anda? Yang mana dirasakan sesuai.

Sekarang aku masih lagi survey-survey kereta. Maklum la, memang aku perlukan kereta untuk bergerak. Takkan nak harap kereta parents lagi kan. Hehehehe. Sekarang ni tengah jugak survey-survey yang mane yang sesuai. Sebab banyak jugak yang nak kena ambik kira kan. Bukan senang nak pilih kereta. Takut nanti ambik tak puas hati pulak. Sebab tu aku tengah-tengah survey-survey lagi sekarang ni. Kalau takde ape-ape aral melintang. Tahun depan, insyaallah, dah boleh ambik satu. Hehehe.

Antara kereta-kereta yang aku rasakan berkenan di hati. Tapi tengah tengok-tengok lagi. Sebab masih lagi tak decide yang mana satu. Hehehe.


Satria Neo CPS 1.6 ni memang aku sangat-sangat berkenan. Dan buat masa sekarang ni memang dah melekat pun kat dalam hati aku. Sebab spec kereta ni memang untuk performance. Jadi aku tak perlu nak ambik tahu atau modified lebih-lebih. Biar standard je. Lagipun, memang dah come out with body kit, including dengan leather seat. Kira berbaloi la jugak dengan harga RM 57,000++. Cuma biasa la, orang mesti cakap takkan nak ambik kereta Malaysia. Tak kelas la kan. Tapi bagi aku, aku rasa Satria Neo CPS ni lain dari yang lain. Mungkin dua minggu lagi aku nak test drive. Nanti aku cerita pengalaman aku ye. =D


Yang ni pun aku berkenan jugak. Ford Fiesta S. Harga mahal la sikit dari Satria Neo CPS. Kereta luar, biasa la. Harga mahal sikit. Untuk spec Ford Fiesta S, banyak yang kurang dari Satria Neo CPS. Dari segi speed, torque kurang sikit je dari Satria Neo CPS. Cuma kereta ni lagi mahal. Mahal bukan sikit, dekat RM 30,000 jugak. Untuk Ford Fiesta S ni harga OTR lebih kurang RM 82,888. Boleh tahan jugak la. Tapi kalau nak kira selesa, Ford memang luas kat dalam. Sebab sebelum ni ayah aku pun pakai Ford jugak. Hari tu, test duduk je. Memang selesa. 


Toyota Vios TRD ni aku dah lama tengok. Time kat Kuala Lumpur lagi. Time tu, Toyota buat exhibition kat Alamanda, Putrajaya. Berkenan tu memang berkenan. Tapi tak sangat la. Sebab Toyota Vios ni cc cuma 1.5. Kalau nak dibandingkan dengan Ford Fiesta  dengan Satria Neo yang mempunyai cc 1.6. Kalau ikut kelajuan tu, memang tak boleh lawan la kan. Lepas tu pulak, harga mahal. Untuk Toyota Vios TRD harga RM 92,000. Cukup mahal. Harga tu, boleh kata banyak untuk accessories je. Bukan untuk performance. Better untuk family car la. Kalau untuk aku yang masih bujang trang tang tang ni tunggu dulu kot. Hehehehe.


Yang ni aku baru tau, Peugeot 207. Tapi rasenye takde lagi kot kat show room. Sebab aku dapat tahu pun dari Eyriqazz. Sebab dia pergi majlis launching hari tu. So, nampak macam menarik. Sebab sekarang ni pun ayah aku pakai Peugeot jugak. Jadi, memang best la bawak Peugeot ni. Mane tahu, kalau-kalau yang ni berkenan kat hati. Hehehe.

Ape-ape pun, sekarang ni aku tak decide lagi. Sebab jauh lagi perjalanan. Yang penting aku nak test drive Satria Neo CPS dulu. Sebab memang dari dulu aku memang dah berkenan kat Satria Neo CPS ni. korang pulak macam mane? 

Sape-sape yang dah pakai pun Satria Neo CPS 1.6, ape pendapat korang? Komen sikit. =)

11 comments:

nazihahisa said...

satria neo!

ProfHariz said...

Satria neo mantap :) Tapi kalau aku vios je kot :P Tak pun Honda Civic Type R

Aizat Shafiq said...

@nazihahisa

hehehe...
same la kite...
=)

Aizat Shafiq said...

@profhariz

setakat ni aku cukup berminat dengan satria neo...tapi cps 1.6 la...
kalau nak ikutkan sape tak nak Honda Type R kan?...
tapi harge triple tu....
hahahaha

alien said...

amik vios la
kang da kawin senang na bawak brg banyak

minyak pun agak jimat

kalau nak laju2 pun, bukan berlumba pun kan

Aizat Shafiq said...

@alien

hehehe...
kawin?...lambat lagi...
calon pun takde...
lagi satu vios mahal...pastu tak padan dengan harge...huhuhu

aYaz said...

vios aje pun oke..
ada member 2-3 orang guna vios,
sepupu pun guna vios,
oke la kot...
tp aku lebih suka altis,
hehe...

norhidayu said...

aku dah view kawan ko punya page..
harga peugeot 207 atas jalan bawah 75k..
kira ok la tu kan?kira mmpu milik la ala2 baru kerja..hehe

tapi aku baca jugak kwn ko dia kata tntng honda accord..tu mmg mahal la kan..pe kata ko try honda city..ko kerja professional kan?kena laa gayanya tu..tp honda city dekat 100k laa..so aku cdngkan peugeot..

ni cdngn org yg ala2 buta kereta la cam aku..hehe.tp pape pun,good luck dlm memilih kereta..ade pape info share la k :)

Aizat Shafiq said...

@ayaz

vios ek?...
tak berapa berkenan sangat la...
hehehehe

Aizat Shafiq said...

@norhidayu

hehehehe...
thanks untuk pandangan tu...
tapi dalam banyak2 memang sangat berminat dengan Satria Neo CPS...
untuk yang lain tu kita tunggu next car kot...hehehehe

Baiz said...

dlm byk2 kat atas tuh...rasenye ford fiesta yg terbaik...satria cps pon bagus...sesuai pada harganya...begitu juga ford fiesta (fofi)..sesuai dgn harganya...tak leh banding satria dgn ford...mcm tak adil plak...huhu

fofi walau hp 120 dan satria 125hp, tapi berat fofi hanya 1153kg sahaja dan satria 1212kg bagi manual dan 1227kg bagi auto...beza hampir 59 to 74kg, berat badan seorg dewasa tuh...so dari segi power bagi saya sama laju, sama hebat, sama power...

cuma fofi nih kelebihan dia pada safety dia yg even takde kat luxury car pon, EBD, ABS, TCS (traction control) ESP (Electronic stabilty), tmbh lagi dari segi ciri canggih seperti keyless entry, penutup tangki minyak ala2 F1, dual clucth powershift ...maka tak hairan harganya rm 82k, cukup berbaloi utk di beli...org kata worth for money...hehehe...so..kalau nak kire dgn semua peralatan safety...patutnya kete lagi heavy...so bygkan satria di masukkan dgn dua lagi sistem seperti esp dan tcs...mau lagi berat...tu pasal saya ckp tak adil banding dgn satria...elok juga ford pecah pasaran mcm nih...menyampah dgn kete jepun seperti city dan vios yang tah hapa2, mentang2 rakyat mesia suka kete jepun, drg malas nak berikan yg terbaik...tiap tahun sama jer, kuat2 pon tukar bodykit...kalu nak compare fiesta vs city vs vios....hurm..jauh elok lagi fiesta...(saya peminat kete jepun juga dulu..skrg tukar angin)

apa pon, lain org lain minat, money is yours...saya boleh cadangkan sahaja ;)